Financial Regulations · s 36
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 36Penerimaan dan pembayaran
Tarikh penerimaan atau pembayaran menentukan tarikh transaksi direkodkan dalam akaun.
Pembayaran wang Kerajaan tidak boleh dibuat sebelum genap masanya dibayar bagi tujuan menggunakan lebihan yang dijangkakan yang berbangkit daripada suatu tajuk kecil perbelanjaan.
Apa-apa bahagian yang tidak dibelanjakan daripada mana-mana tajuk kecil perbelanjaan tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan menempatkan bahagian itu dalam simpanan untuk membuat pembayaran yang bukan genap masanya atau bagi tujuan memindahkan bahagian tersebut kepada akaun simpanan atau akaun gantung.
Suatu perbelanjaan yang boleh dikenakan dengan sewajarnya kepada suatu akaun tahun kewangan hendaklah, setakat mana yang mungkin, dibuat dalam tahun kewangan itu juga dan tidak boleh ditangguhkan bagi tujuan mengelakkan lebihan pada sebarang jumlah wang yang diperuntukkan dalam mana-mana anggaran perbelanjaan tahunan yang telah diluluskan.
Sebarang kredit kepada akaun perbelanjaan adalah tidak dibenarkan kecuali apabila dibuat bagi menyelaraskan terlebih bayaran atau apabila dibuat bagi menyelaraskan jumlah wang yang dikenakan dengan tidak betul dalam akaun bagi tahun yang sama.
Apa-apa dapatan balik terlebih bayaran daripada perbelanjaan yang telah diperuntukkan hendaklah dikira seperti yang berikut -
(a}
dapatan balik perbelanjaan yang dilakukan dalam tahun yang sama hendaklah dikreditkan kepada tajuk kecil perbelanjaan yang berkenaan;
dapatan balik perbelanjaan yang dilakukan pada tahun lalu hendaklah dikreditkan kepada akaun Hasil Rampaian, kecuali dalam hal dapatan balik perbelanjaan daripada Dana Kemajuan yang hendaklah dikreditkan kepada tajuk kecil yang berkenaan tanpa mengira tahun mana terlebih bayaran itu dibuat.
Suatu perbelanjaan hendaklah dikelaskan dengan tepat mengikut anggaran tahunan yang telah diluluskan dan tiap-tiap akaun hendaklah digunakan hanya bagi tujuan yang ia dimaksudkan.
Suatu butiran hasil yang belum selesai tidak boleh dimasukkan dalam tajuk kecil hasil sebagai pengenaan bayaran ke atas akaun pendahuluan atau akaun gantung sementara menunggu pemungutan amaun itu.
Apa-apa hasil yang dipungut dalam suatu tahun kewangan tidak boleh disimpan dalam akaun simpanan atau dipegang dalam akaun gantung dengan tujuan memindahkan amaun yang dipungut itu kepada hasil tahun kewangan yang berikutnya.