Financial Regulations · s 46
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 46Pengiraan bagi jumlah wang yang didapatkan balik dan kos dalam guaman Kerajaan
Tiada bayaran mahkamah kena dibayar oleh Kerajaan dalam suatu tindakan terhadap orang persendirian atau syarikat.
Jika
Kerajaan berjaya dalam suatu tindakan terhadap orang persendirian atau syarikat, mahkamah mempunyai kuasa untuk mengaward kos kepada Kerajaan.
Tanggungjawab bagi mendapatkan pembayaran amaun wang yang kena dibayar di bawah suatu penghakiman atau perintah, termasuk kos yang diawardkan kepada Kerajaan, terletak pada jabatan atau pegawai Kerajaan yang memulakan atau membela guaman dan sehingga jumlah wang tersebut didapatkan balik, ia hendaklah ditunjukkan sebagai tunggakan hasil.
Apabila menerima amaun wang yang kena dibayar di bawah suatu penghakiman atau perintah mahkamah, jabatan atau pegawai Kerajaan yang mendapatkan penghakiman atau perintah itu hendaklah memasukkan jumlah penuh termasuk kos yang akan dikreditkan ke dalam akaun Hasil Rampaian.
Apabila amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan di bawah suatu penghakiman atau perintah telah dimasukkan ke dalam akaun sebagai simpanan mahkamah, pegawai
Kerajaan yang memulakan guaman adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan pembayaran amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada simpanan mahkamah itu.
Perhubungan dengan Kerajaan lain 4 7. Perhubungan dengan Kerajaan lain a tau dengan wakil Kerajaan yang melibatkan transaksi kewangan hendaklah dibuat oleh Menteri.