Skip to content
Back to the text

Financial Regulations · s 5

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 5Kewajipan dan tanggungjawab pegawai perakaunan

Tanpa menjejaskan keluasan makna tanggungjawab sendiri semua pegawai perakaunan bagi memungut dan menjaga dengan sempurna semua wang

Kerajaan yang diterima oleh mereka dan bagi pembayarannya dan ketepatan akaun yang diberikan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka, khususnya setakat mana kehendak-kehendak yang berikut boleh dikenakan, seseorang pegawai perakaunan hendaklah -

149

(aJ menyimpan rekod penerimaan wang Kerajaan oleh jabatan dan memastikan pemungutannya tepat pada waktunya;

(bJ mengira, di bawah kelas dan butiran yang sepatutnya dalam anggaran hasil atau di bawah butiran baharu atau dalam akaun sebagaimana yang mungkin berkenaan, untuk semua wang Kerajaan yang dibayar atau diamanahkan kepadanya;

(cJ memastikan penyediaan yang sempurna dibuat bagi menyimpan dengan selamat wang Kerajaan, barang-barang stor Kerajaan, setem, sekuriti dan dokumen bernilai di dalam jabatan;

(dJ menggantikan dengan segera apa-apa kekurangan dengan wang atau setem yang dia bertanggungjawab;

(eJ menjalankan penyeliaan yang tegas terhadap semua pegawai

Kerajaan di bawah kuasanya yang diamanahkan dengan menerima dan membayar wang Kerajaan, dan mengambil langkah berjaga-jaga, dengan cara menyelenggarakan pemeriksaan termasuk pemeriksaan mengejut, terhadap apa-apa fraud, penggelapan wang, ketidakteraturan atau kecuaian;

(fJ mematuhi apa-apa garis panduan atau prosedur berhubung dengan pemerolehan Kerajaan sebagaimana yang mungkin dikeluarkan oleh

Menteri;

(gJ memastikan tiap-tiap pembayaran wang Kerajaan oleh jabatan dilindungi oleh kuasa yang sewajarnya;

(hJ memastikan bahawa tiada wang Kerajaan digunakan untuk apa-apa tujuan persendirian apa pun;

(iJ melaporkan kepada Pegawai Pengawalnya tentang apa-apa kecacatan yang nyata dalam prosedur pemungutan hasil, atau apa-apa

WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM pembaziran yang nyata, atau keborosan dalam melakukan perbelanjaan yang sampai ke pengetahuannya semasa menjalankan kewajipan-kewajipan perakaunannya;

(jJ mengemukakan atau menjadikan tersedia apabila dikehendaki oleh Jurukira Agung atau oleh Juruaudit Agung semua buku, rekod dan baucar dalam jagaannya termasuk apa-apa dokumen atau maklumat berkenaan dengan atau berkaitan dengan akaun awam dalam bentuk elektronik atau cara elektronik, dan menjawab tanpa kelengahan yang tidak sewajarnya sebarang pertanyaan yang dikemukakan kepadanya; dan fkJ mengambil kira dengan memadai sebarang undang-undang bertulis dan Surat Keliling yang berkenaan yang berkaitan dengan kewajipan-kewajipan kewangannya.