Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 13

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 13Kuasa untuk memasuki tanah Kerajaan bagi maksud-maksud pepasangan atau loji

Bagi maksud membekalkan sebarang perkhidmatan telekomunikasi, pemegang lesen telekomunikasi awam atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki sebarang tanah Kerajaan dan boleh, tertakluk kepada kebenaran Pihak

Berkuasa dan Pesuruhjaya Tanah, membina di dalam atau di atas tanah Kerajaan pepasangan atau loji yang digunakan untuk telekomunikasi atau menggali parit sebagaimana yang mungkin diperlukan atau patut bagi maksud membekalkan perkhidmatan telekomunikasi itu, dan boleh menjalankan segala kerja yang perlu

140

berhubung dengannya, dan boleh, semasa menjalankan kerja itu, menebang atau memangkas pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud itu, tetapi —

{a} jika sebarang kerja tersebut mengganggu perbaikan, bangunan, pokok atau tanaman yang tumbuh pemegang lesen itu hendaklah membayar pampasan kerana sebarang kerosakan atau gangguan; dan

{b} jika tanah itu diduduki di bawah suatu lesen tumpang sementara, pampasan hendaklah dibayar kepada penghuni di bawah lesen itu.

Kuasa untuk memasuki tanah lain bagi maksud-maksud pepasangan atau loji.

14, (1) Tertakluk kepada bab ini, apabila perlu untuk berbuat demikian bagi maksud-maksud membekalkan sebarang perkhidmatan telekomunikasi di bawah

Perintah ini, pemegang lesen telekomunikasi awam boleh memasang, menempat-kan atau menjalankan, dan membina di bawah, di atas atau merentasi sebarang tanah, selain dari tanah Kerajaan, pepasangan atau loji yang digunakan untuk tele-komunikasi sebagaimana yang mungkin diperlukan atau patut bagi maksud-maksud tersebut dan boleh mengambil tindakan lain sebagaimana yang mungkin diperlukan untuk menjadikan pepasangan atau loji itu selamat dan efisien, dengan membayar pampasan kepada mana-mana orang yang berkepentingan kerana sebarang kerosakan, gangguan atau ketiadaupayaan yang mungkin berlaku.

(2)

Sebarang pampasan yang kena dibayar di bawah ceraian (1) boleh terma-suk suatu bayaran tahunan bagi tanah atau harta tak alih lain yang digunakan bagi maksud pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi awam itu.

(3)

Pemegang lesen telekomunikasi awam tidaklah boleh mendapatkan sebarang hak selain dari hak pengguna sahaja berkaitan dengan sebarang tanah atau harta yang di bawah, merentasi, di sepanjang, melintasi, di dalam atau di atasnya pemegang lesen itu menempatkan sebarang pepasangan atau loji yang digunakan untuk telekomunikasi di bawah bab ini.

(4)

Sebelum memasuki sebarang tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam ceraian (1), pemegang lesen telekomunikasi awam hendaklah memberi notis 14

hari yang menyatakan dengan selengkap dan setepat yang boleh bentuk dan takat perbuatan-perbuatan yang dimaksudkan untuk dilakukan.

(5)

Notis itu hendaklah diberikan kepada pemilik atau penghuni tanah ter-sebut mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Perintah ini.

(6)

Pemilik atau penghuni tanah tersebut boleh, dalam masa 14 hari dari tarikh menerima notis yang disebut dalam ceraian (4), membuat suatu bantahan bertulis kepada Pihak Berkuasa dan Pihak Berkuasa hendaklah menentukan suatu tarikh untuk menyiasat mengenai sebarang bantahan tersebut.

141

(7)

Jika bantahan tiada dibuat dalam masa yang dinyatakan dalam ceraian

(6)

, pemegang lesen telekomunikasi awam itu boleh dengan serta-merta memasuki tanah tersebut dan melakukan segala atau sebarang perbuatan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah ceraian (4).

(8)

Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya, Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberikan kepada tiap-tiap pihak suatu peluang untuk di-dengar.

(9)

Tertakluk kepada ceraian (10}, setelah siasatan itu selesai, Pihak

Berkuasa boleh membenarkan, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan ketentuan-ketentuan sebagaimana yang difikirkan-nya patut, supaya sebarang perbuatan yang disebutkan dalam notis yang diberikan di bawah ceraian (4) dijalankan.

(10)

Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan sebarang keputusan

Pihak Berkuasa di bawah bab ini boleh, dalam masa 14 hari dari selesainya siasatan itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pengecualian ke atas perjanjian izinlalu.