Telecommunications Order, 2001 · s 9
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 9Kebenaran kelengkapan
Sebarang kelengkapan yang hendak digunakan untuk disambungkan ke sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi yang dipunyai oleh pemegang lesen telekomunikasi hendaklah dibenarkan oleh Pihak Berkuasa sebelum digunakan.
137
Seseorang yang memohon suatu kebenaran di bawah bab ini boleh di-kehendaki oleh Pihak Berkuasa untuk mematuhi kehendak-kehendak sebagai-mana yang mungkin difikirkan bersesuaian oleh Pihak Berkuasa; dan kehendak-kehendak itu boleh termasuk suatu kehendak untuk memuaskan hati orang lain berkenaan dengan sebarang perkara.
Suatu kebenaran di bawah bab ini boleh digunakan sama ada untuk kelengkapan tertentu atau untuk sebarang kelengkapan dari suatu perihalan yang dinyatakan dalam kebenaran itu, dan boleh digunakan demikian sama ada bagi maksud-maksud suatu sistem telekomunikasi tertentu atau bagi maksud-maksud sebarang sistem telekomunikasi dari suatu perihalan yang dinyatakan demikian.
Suatu kebenaran di bawah bab ini boleh menyatakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi jika kebenaran itu digunakan, bagi sebarang maksud yang dinyata-kan dalam kebenaran itu, untuk sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi yang dinyatakan demikian atau dari suatu perihalan yang dinyatakan demikian;
dan sebarang syarat tersebut boleh mengenakan kepada orang yang diberikan kebenaran itu suatu kehendak dari masa ke semasa untuk memuaskan hati orang lain berkenaan dengan sebarang perkara.
Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain yang kena memutuskan sebarang perkara bagi maksud-maksud sebarang kehendak yang dikenakan menurut ceraian (2) atau (4) boleh mengenakan suatu bayaran berkaitan dengan sebarang ujian yang dijalankan atau penilaian lain yang dibuat oleh Pihak
Berkuasa atau orang lain.
Pemegang lesen telekomunikasi awam boleh, dengan kebenaran Pihak
Berkuasa (kecuali dalam hal-hal kecemasan), menghentikan atau enggan mem-bekalkan suatu perkhidmatan telekomunikasi kepada mana-mana orang melalui suatu sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi yang dikendalikan oleh pemegang lesen tersebut jika, dengan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi tersebut, ada disambungkan atau dimaksudkan untuk disambungkan ke sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi itu, kelengkapan atau pengkabelan yang menjadi ancaman kepada —
keselamatan atau perjalanan fungsi sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi itu dengan sempurna; atau
keselamatan mana-mana orang.
Kuasa baki Pihak Berkuasa untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi.