Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 26

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 26Tataamalan dan piawaian prestasi

(1)

Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan atau membenarkan dan, dari masa ke semasa, mengkaji semula tataamalan dan piawaian prestasi berhubung dengan —

(a)

pengendalian sistem dan kelengkapan telekomunikasi;

(b)

pembekalan perkhidmatan telekomunikasi; dan

(c)

kelakuan pemegang lesen telekomunikasi dalam membekalkan perkhidmatan telekomunikasi. ;

(2)

Jika apa-apa peruntukan dalam sebarang tataamalan atau piawaian prestasi yang dikeluarkan atau dibenarkan oleh Pihak Berkuasa adalah berten-tangan dengan sebarang peraturan yang dibuat di bawah Perintah ini, peruntukan tersebut hendaklah, setakat mana ia bertentangan, sama ada berkuatkuasa ter-takluk kepada peraturan itu atau, jika bersesuaian, dengan memberi perhatian kepada peraturan itu, tidaklah boleh berkuatkuasa.

(3)

Pihak Berkuasa boleh mengecualikan, sama ada pada amnya atau dalam suatu tempoh masa sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa, mana-mana pemegang lesen telekomunikasi dari apa-apa peruntukan dalam sebarang tataamalan atau piawaian prestasi.

(4)

Tiap-tiap pemegang lesen telekomunikasi hendaklah mematuhi tata-amalan dan piawaian prestasi yang berkaitan.