Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 5

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 5Kuasa untuk melesenkan sistem dan perkhidmatan telekomunikasi

(1)

Suatu lesen boleh, dengan persetujuan, atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri, diberikan oleh Pihak Berkuasa, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikenakan dan dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam lesen itu dan sama ada tidak boleh dibatalkan atau tertakluk kepada pembatalan yang dinyatakan di dalamnya bagi menjalankan sistem dan perkhidmatan telekomunikasi yang termasuk di bawah bab 3 sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu.

(2)

Suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian (1) boleh diberikan sama ada kepada mana-mana orang, golongan orang atau orang tertentu, dan boleh memasukkan (tanpa menjejaskan kuasa untuk mengenakan syarat-syarat yang diberikan oleh ceraian itu) syarat-syarat yang menghendaki —

(a)

pemegang lesen untuk membuat perjanjian atau penyusunan dengan mana-mana orang, golongan orang atau pemegang lesen telekomuni-kasi lain bagi —

133

(i)

saling hubungan, dan akses kepada, sistem telekomunikasi;

(ii)

perkongsian pepasangan atau loji yang digunakan untuk tele-komunikasi yang dipunyai oleh mana-mana pemegang lesen telekomunikasi; dan

(iii)

maksud lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam lesen itu, dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dipersetujui oleh pemegang lesen dan orang-orang atau pemegang-pemegang lesen lain atau, sekiranya tidak mencapai persetujuan, sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa;

(b)

pembayaran kepada Pihak Berkuasa suatu bayaran atas pemberian lesen itu atau pembayaran kepadanya bayaran berkala dalam tempoh sahnya lesen itu atau kedua-duanya, dalam suatu amaun sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh atau di bawah lesen itu;

(c)

supaya pemegang lesen mematuhi sebarang arahan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa tentang perkara-perkara yang dinyatakan dalam lesen itu atau dari perihalan yang dinyatakan demikian;

d) supaya pemegang lesen mematuhi tataamalan dan piawaian prestasi yang boleh dikenakan kepada pemegang lesen; dan

(e)

supaya pemegang lesen melakukan, atau tidak melakukan, perkara-perkara yang dinyatakan dalam lesen itu atau dari perihalan yang dinyatakan demikian.

(3)

Sebarang pembayaran yang dikehendaki oleh ceraian (2) untuk di-buat kepada Pihak Berkuasa boleh didapatkan kembali olehnya di mana-mana mahkamah berbidang kuasa yang layak seolah-olah pembayaran itu adalah suatu hutang kontrak ringan.

(4)

Tiada sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada pemberian suatu lesen di bawah ceraian (1) dibuat, atau tidak dibuat, dengan persetujuan atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri, dan kesahan suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian itu tidaklah boleh dipertikaikan atas alasan bahawa lesen itu tidak diberikan dengan persetujuan atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri.

(5)

Pemberian lesen-lesen di bawah bab ini adalah atas budibicara Pihak

Berkuasa.

(6)

Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh menghalang Menteri dari mengarahkan Pihak Berkuasa untuk memberikan suatu lesen dalam sebarang hal tertentu dan mana-mana orang yang tidak puas hati dengan keengganan Pihak

134

Berkuasa untuk memberikan suatu lesen boleh dalam masa 14 hari dari tarikh keengganan Pihak Berkuasa itu merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

(7)

Apa-apa jua yang dilakukan di bawah dan menurut suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian (1) tidaklah menjadi suatu pelanggaran hak istimewa yang diberikan oleh bab 3.