Telecommunications Order, 2001 · s 37
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 37Kuasa untuk menggeledah dan merampas
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor boleh, jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu sistem atau perkhidmatan telekomunikasi telah diadakan, dipasang, diselenggarakan, dikendalikan atau dibekalkan dengan melanggar Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya atau dengan melanggar sebarang lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa atau bahawa sebarang kelengkapan tele-komunikasi yang digunakan adalah dari jenis yang tidak dibenarkan oleh Pihak
Berkuasa di bawah bab 9 atau bahawa kelengkapan telekomunikasi itu dibawa masuk dengan melanggar sebarang peruntukan Perintah ini atau sebarang per-aturan yang dibuat di bawahnya —
dalam hal sebarang kelengkapan telekomunikasi atau sebarang sistem atau perkhidmatan telekomunikasi, selain dari sebarang sistem atau perkhidmatan radio-komunikasi, memasuki dan memeriksa mana-mana tempat di mana kelengkapan telekomunikasi itu terletak atau sistem atau perkhidmatan telekomunikasi itu diadakan, dipasang, diselenggarakan, di-kendalikan atau dibekalkan, dan boleh merampas sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi yang dijumpai di dalamnya yang ternyata digunakan untuk atau berhubung dengan telekomunikasi; dan
dalam hal sebarang sistem atau perkhidmatan radio-komunikasi, memasuki mana-mana tempat di Negara Brunei Darussalam atau menahan atau menaiki sebarang vesel, pesawat terbang atau kenderaan dan me-meriksa mana-mana tempat di dalamnya dan boleh merampas sebarang sistem atau kelengkapan radio-komunikasi yang dijumpai di dalamnya yang ternyata digunakan atau boleh digunakan untuk atau berhubung dengan radio-komunikasi.
Jika mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah bab 33, 34, 35, 39 atau 42, dia boleh merampas sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi atau sebarang
157
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM sistem atau kelengkapan radio-komunikasi, atau apa-apa benda lain yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berhubung dengan sebarang kelengkapan atau sistem yang dirampas di bawah bab ini, kelengkapan atau sistem itu hendak-lah disifatkan dan dianggap sebagai dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa melain-kan jika suatu tuntutan dibuat dalam masa 2 bulan dari tarikh rampasan.
Mana-mana orang yang mengatakan bahawa dia adalah pemilik kelengkapan atau sistem itu boleh memberi notis bertulis sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa kepada Pihak Berkuasa bahawa dia menuntutnya.
Setelah menerima notis ini, Pihak Berkuasa boleh mengarahkan supaya kelengkapan atau sistem itu dilepaskan atau boleh merujukkan perkara itu kepada
Mahkamah Majistret.
Mahkamah Majistret boleh terus memeriksa perkara itu dan setelah menjalankan pemeriksaan hendaklah memerintahkan supaya kelengkapan atau sistem itu dirampas atau dilepaskan.