Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 16

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 16Pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan pepasangan atau loji untuk telekomunikasi

(1)

Apabila perlu untuk berbuat demikian bagi maksud-maksud menjalan-kan sebarang tugas dan kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya Pihak Berkuasa boleh memasuki sebarang tanah atau bangunan, atau menahan atau menaiki sebarang vesel, pesawat terbang atau kenderaan dan boleh menjalankan segala pemeriksaan atau penyiasatan yang perlu dan melakukan semua perkara yang perlu bagi maksud itu.

142

(2)

Apabila perlu untuk berbuat demikian bagi maksud memeriksa, menyenggara atau membaiki suatu pepasangan atau loji pemegang lesen tele-komunikasi awam atau bagi maksud menjalankan sebarang tugas yang diberikan kepada pemegang lesen telekomunikasi awam di bawah Perintah ini atau di bawah sebarang lesen yang diberikan di bawah bab 5, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pemegang lesen itu bagi maksud tersebut boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki sebarang tanah atau bangunan, sama ada atau tidak pepasangan atau loji itu telah dipasang, ditempatkan, dibawa atau dibina di atas, di bawah, pada atau merentasi tanah atau bangunan itu, dan boleh menjalankan segala pemeriksaan, penyenggaraan atau pembaikan yang perlu, dan boleh semasa menjalankannya, menebang atau memangkas pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud itu, tanpa melakukan banyak kerosakan dan membayar pampasan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana sebarang kerosakan yang mungkin berlaku di mana pampasan mengenainya belum lagi ditaksir di bawah bab 14.