Telecommunications Order, 2001 · s 18
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 18
Jika, pada pendapat pemegang lesen telekomunikasi awam, terdapat pada bila-bila masa bahaya atau bahaya yang diduga bahawa sebarang pokok
(perkataan itu dalam bab ini termasuk semak) yang berhampiran dengan pe-pasangan atau loji pemegang lesen tersebut boleh menghalang atau mengganggu sebarang perkhidmatan telekomunikasi atau menyebabkan kerosakan pada pepasangan atau loji itu, pemegang lesen tersebut boleh menyebabkan supaya pokok itu ditebang atau ditangani dengan cara lain yang akan, pada pendapatnya, menghindarkan bahaya tersebut.
Jika suatu pokok, yang telah ditebang ataupun sebaliknya ditangani di bawah ceraian (1), telah wujud sebelum pepasangan atau loji pemegang lesen tele-komunikasi awam itu ditempatkan, dibina atau dipasang, pemegang lesen tersebut boleh tertakluk kepada ceraian-ceraian (3) dan (4) membayar kepada mana-mana orang yang terjejas suatu jumlah wang sebagaimana yang mungkin dipersetujui dengan cara pampasan.
Pampasan tambahan tidaklah boleh dibayar kerana menebang atau memangkas sebarang pokok atau menyiangi sebarang tumbuh-tumbuhan jika tindakan itu diperlukan untuk menyenggara suatu pepasangan atau loji pemegang
144
jesen telekomunikasi awam dan pokok dan tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dan dibiarkan tumbuh sejak pampasan di bawah ceraian (2) dibayar.
Pampasan tidaklah boleh kena dibayar oleh pemegang lesen tele-komunikasi awam di bawah ceraian (2) berkaitan dengan sebarang pokok dalam jarak 20 meter dari garis tengah mana-mana jalan raya yang dibina atau disenggara oleh Kerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam melainkan jika dibukti-kan bahawa pokok itu telah wujud sebelum jalan raya itu dibina.
Sekiranya pemilik atau penghuni mana-mana tanah menebang, me-mangkas atau menyiangi sebarang pokok atau tumbuh-tumbuhan yang ber-sebelahan dengan suatu pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi awam, pemilik atau penghuni tersebut hendaklah memberi kepada pemegang lesen itu notis 14 hari secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh pemegang lesen itu bagi melindungi pepasangan atau loji tersebut. f
Jika mana-mana pemilik atau penghuni tersebut gagal memberi notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (5) atau setelah memberikan notis gagal mengambil sebarang langkah yang munasabah sebagaimana yang mungkin telah dikehendaki oleh pemegang lesen telekomunikasi awam itu, dia hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada pemegang lesen itu sebarang kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen itu kerana sebarang kerosakan yang berlaku kepada sebarang pepasangan atau loji tersebut, dan suatu perakuan yang dikatakan sebagai ditandatangani oleh Ketua Eksekutif pemegang lesen itu yang menyatakan amaun kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang kena dibayar oleh pemilik atau penghuni itu.
Jika amaun yang kena dibayar bagi kos dan perbelanjaan tersebut tidak dibayar dalam masa 7 hari setelah dituntut, amaun itu boleh didapatkan kembali mengikut cara yang sama seolah-olah amaun itu adalah suatu hutang kontrak ringan.
Jika sebarang pokok ditebang atau tumbuh-tumbuhan disiangi di atas tanah yang bersebelahan dengan suatu pepasangan atau loji pemegang lesen tele-komunikasi awam, maka adalah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa pokok itu telah ditebang atau tumbuh-tumbuhan itu telah disiangi oleh pemilik atau penghuni tanah itu atau oleh pekerja-pekerja atau ejen-ejennya yang ber-tindak sedemikian.
Penyediaan ruang atau kemudahan oleh pemaju atau pemilik bangunan.