Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 33

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 33

{1} Tertakluk kepada bab ini dan bab 4, mana-mana orang yang mengada-kan, memasang, menyelenggarakan, membekalkan atau mengendalikan suatu sistem atau perkhidmatan telekomunikasi di dalam Negara Brunei Darussalam tanpa suatu lesen yang diberikan di bawah bab 5 ataupun sebaliknya melanggar hak istimewa yang diberikan kepada Pihak Berkuasa oleh bab 3 adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah bab ini hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari

$100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, dikena-kan suatu denda tambahan yang tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari atau sebahagiannya selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.

(3)

Dalam hal suatu kesalahan berkenaan dengan suatu sistem atau per-khidmatan telekomunikasi yang tidak diperluaskan di luar Negara Brunei

Darussalam, orang itu atau tiap-tiap orang yang mengendalikan sistem atau perkhidmatan tersebut (atau, jika orang yang berlainan menjalankan bahagian-bahagian sistem atau perkhidmatan itu yang berlainan, setiap orang daripada mereka) adalah melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan berkenaan dengan suatu sistem atau perkhidmatan telekomunikasi yang diperluas-kan di luar Negara Brunei Darussalam, orang itu atau tiap-tiap orang yang mengendalikan bahagian sistem atau perkhidmatan tersebut di dalam Negara

Brunei Darussalam (atau, jika orang yang berlainan mengendalikan bahagian-bahagian sistem atau perkhidmatan itu yang berlainan, setiap orang daripada mereka) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah bertanggungan sama.

(4)

Jika mana-mana orang melakukan suatu kesalahan di bawah bab ini adalah kerana perbuatan atau keingkaran orang lain, orang lain itu adalah melaku-kan kesalahan tersebut; dan seseorang boleh dituduh melakukan atau disabitkan atas kesalahan itu menurut ceraian ini sama ada atau tidak prosiding diambil terhadap orang yang mula-mula disebutkan.

(5)

Dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah bab ini, adalah menjadi suatu pembelaan, tertakluk kepada ceraian (6), bagi orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan kesalahan itu dari dilakukan.

155

(6)

Jika pembelaan yang diperuntukkan oleh ceraian (5) melibatkan suatu tuduhan bahawa kesalahan yang dilakukan itu adalah kerana perbuatan atau keingkaran orang lain, orang yang dituduh tidaklah berhak, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bersandar kepada pembelaan itu melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir 7 hari genap sebelum perbicaraan, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis yang memberikan maklumat yang mengenalpasti atau membantu dalam mengenalpasti orang lain itu yang ada dalam milikannya pada masa itu.

Larangan berkaitan dengan kelengkapan telekomunikasi dan radio-komunikasi.