Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 64

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 64

(1)

Apabila pada pendapat mana-mana pegawai polis bahawa suatu ke-salahan di bawah bab 33 atau 44 sedang dilakukan atau hendak dilakukan atau cuba dilakukan, atau bahawa ,apa-apa barang disembunyikan atau disimpan atau dimasukkan di dalam atau di atas sebarang vesel, pesawat terbang, kenderaan atau bangunan dengan melanggar salah satu dari bab-bab itu, pegawai polis tersebut boleh, jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan mendapatkan suatu waran geledah barang itu mungkin dipindahkan —

(a)

menahan dan memeriksa vesel, pesawat terbang atau kenderaan itu atau memasuki bangunan itu dan mencari dan mengambil milik apa-apa barang dan mana-mana buku atau dokumen yang dipercayai dengan muna-sabah ada kaitan dengan kes itu; dan

(b)

menangkap mana-mana orang yang berada di dalam vesel, pesawat terbang, kenderaan atau bangunan itu yang dalam milikannya barang itu mungkin dijumpai atau yang mungkin disyaki dengan munasabah oleh pegawai polis tersebut telah menyembunyikan atau menyimpan barang itu

172

dan boleh memeriksa mana-mana orang yang ditangkap itu, kecuali bahawa tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap itu hendaklah, berserta dengan mana-mana barang tersebut, dibawa ke sebuah balai polis.