Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 29

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 29Kerja pengesanan kabel telekomunikasi hendaklah dijalankan sebelum kerja tanah

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), tiada sesiapa pun boleh memulakan atau menjalankan, atau menyebabkan atau membenarkan untuk dimulakan atau dijalankan, sebarang kerja tanah di kawasan sekitar sebarang kabel telekomunikasi yang dipunyai oleh atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen sistem telekomunikasi melainkan jika —

(a)

dia telah memberikan kepada pemegang lesen sistem telekomuni-kasi itu notis tidak kurang dari 7 hari (atau tempoh lain sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh Pihak Berkuasa dalam sebarang hal tertentu) secara bertulis mengenai tarikh kerja tanah tersebut dicadangkan hendak dimula-kan;

(b)

dia telah mendapatkan daripada pemegang lesen sistem tele-komunikasi itu maklumat yang diperlukan mengenai lokasi kabel telekomuni-kasi itu dan telah berunding dengan pemegang lesen itu mengenai langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelakkan kabel telekomunikasi itu dari rosak semasa kerja tanah tersebut sedang dijalankan; dan

(c)

dia telah menyebabkan supaya kerja pengesanan kabel telekomuni-kasi dilaksanakan atau dijalankan oleh seorang pekerja pengesan kabel teleko-munikasi berlesen bagi mengesahkan lokasi kabel telekomunikasi itu.

(2)

Tiada sebarang apa pun dalam ceraian (1) boleh menghalang seseorang dari memulakan atau menjalankan sebarang kerja tanah jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian bagi kepentingan awam atau keselamatan persendirian kecuali bahawa orang itu hendaklah, tidak lebih dari 7 hari setelah kerja tanah tersebut dimulakan atau dijalankan, memberikan kepada pemegang lesen sistem telekomunikasi itu notis secara bertulis yang menyatakan jenis dan takat kerja tanah tersebut.

151

(3)

Adalah menjadi kewajipan orang yang menjalankan sebarang kerja tanah yang disebut dalam ceraian (1) —

(a)

untuk mematuhi semua kehendak yang munasabah pemegang lesen sistem telekomunikasi itu bagi mengelakkan kerosakan pada kabel telekomu-nikasi tersebut;

(b)

untuk memastikan bahawa langkah berhati-hati yang munasabah diambil semasa menjalankan kerja tanah tersebut bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada kabel telekomunikasi itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyeliaan tapak kerja tanah tersebut; dan

(c}) untuk membenarkan pemegang lesen sistem telekomunikasi itu akses yang munasabah kepada tapak kerja tersebut bagi maksud memeriksa atau mengambil sebarang langkah yang perlu untuk melindungi kabel tele-komunikasi itu.

(4)

Adalah menjadi kewajipan pemegang lesen sistem telekomunikasi yang telah diberikan suatu notis di bawah ceraian (1)/a/ —

(a)

untuk memberitahu dengan segera orang yang telah memberikan kepadanya notis mengenai lokasi kabel telekomunikasi itu dan untuk mem-berikan kepada orang itu sebarang maklumat lain sebagaimana yang mungkin diperlukan untuk membolehkannya memastikan lokasi sebenar kabel teleko-munikasi itu;

(b)

untuk menasihatkan orang yang telah memberikan kepadanya notis mengenai langkah berhati-hati yang hendak diambil bagi mengelakkan kerosakan pada kabel telekomunikasi itu; dan

(c)

untuk mengambil segala langkah di tapak kerja tersebut sebagai-mana yang mungkin munasabah dan diperlukan bagi melindungi kabel tele-komunikasi itu dari rosak dan, dalam berbuat demikian, pemegang lesen sistem telekomunikasi itu hendaklah memberi perhatian kepada risiko dan bahaya yang mungkin timbul dari sebarang kerosakan pada kabel telekomuni-kasi itu.

(5)

Tiada sesiapa pun selain daripada pekerja pengesan kabel telekomu-nikasi berlesen boleh memulakan atau menjalankan sebarang kerja pengesanan kabel telekomunikasi di kawasan sekitar sebarang kabel telekomunikasi yang di-punyai oleh atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen sistem tele-komunikasi jika kerja pengesanan kabel telekomunikasi itu dimulakan atau dijalankan berhubungan dengan atau bergabung dengan atau berkenaan dengan sebarang kerja tanah yang dijalankan atau hendak dijalankan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi ceraian (1) atau

{3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $100,000 atau dihukum penjara

152

selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-keduanya sekali.

(7)

Tertakluk kepada ceraian (8), dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian (6}, adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dituduh untuk membuktikan —

(a)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menunaikan kewajipannya di bawah ceraian (1) atau (3), mengikut mana yang berkenaan; atau

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelak-kan kesalahan itu dari dilakukan.

(8)

Jika dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian

(6)

pembelaan itu melibatkan tindakan atas maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen sistem telekomunikasi atau pekerja pengesan kabel telekomuni-kasi berlesen, orang yang dituduh tidaklah berhak, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bersandar kepada pembelaan itu melainkan jika, dalam tempoh 14 hari genap sebelum perbicaraan, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis secara bertulis yang memberikan maklumat yang ada dalam milikannya pada masa itu yang mengenalpasti atau membantu dalam mengenalpasti orang yang telah memberikan maklumat itu kepadanya.

(9)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi ceraian (5)

adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikena-kan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kuasa-kuasa Pihak Berkuasa berkenaan dengan kerja pengesanan kabel telekomunikasi.