Skip to content
Back to the text

Telecommunications Order, 2001 · s 49

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 49Kerosakan pada pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi awam

(1)

Mana-mana orang yang dengan sengaja memindahkan, membinasakan atau merosakkan sebarang pepasangan atau loji yang digunakan untuk telekomu-nikasi adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), mana-mana orang yang, semasa menjalankan sebarang kerja tanah, merosakkan atau membiarkan sebarang kabel suatu sistem telekomunikasi dirosakkan yang dipunyai oleh atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen sistem telekomunikasi adalah melaku-kan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $1 juta, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah ceraian (2) dilakukan oleh mana-mana orang yang bertindak sebagai ejen atau pekerja orang lain, ataupun sebaliknya ter-takluk kepada pengawasan atau arahan orang lain bagi maksud-maksud sebarang pekerjaan yang semasa menjalankannya kesalahan itu dilakukan, orang lain itu hendaklah, tanpa menjejaskan liabiliti orang yang mula-mula disebutkan, ber-tanggungan di bawah ceraian itu mengikut cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah dia telah melakukan sendiri kesalahan itu melainkan jika dia mem-buktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya atau bahawa kesalahan itu bukan berpunca dari sebarang kecuaian di pihaknya.

(4)

Dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian (2), adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan kesalahan itu dari dilakukan. ”

(5)

Jika dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian

(2)

pembelaan itu melibatkan tindakan atas maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen sistem telekomunikasi atau pekerja pengesan kabel telekomuni-kasi berlesen, orang yang dituduh tidaklah berhak, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bersandar kepada pembelaan itu melainkan jika dalam tempoh 14 hari genap sebelum perbicaraan, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis secara bertulis yang memberikan maklumat yang ada dalam milikannya pada masa itu yang mengenalpasti atau membantu dalam mengenalpasti pemegang lesen sistem telekomunikasi atau pekerja pengesan kabel telekomunikasi itu.

164

Pampasan kerana kerosakan yang berlaku pada pepasangan atau loji pemegang lesen tele-komunikasi awam.