Financial Regulations · As enacted · Bahagian 2
4. Kewajipan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, seseorang Pegawai Pengawal hendaklah bertanggungjawab secara sendiri bagi -
{a)
memastikan sistem akaun yang sempurna diselenggarakan di tiap-tiap jabatan yang dia ditugaskan;
{b)
pelaksanaan kewajipan kewangannya yang sewajarnya berkaitan dengan semua wang Kerajaan yang dipungut, diterima, atau dikeluarkan oleh tiap-tiap jabatan yang dia ditugaskan;
{c)
kawalan perbelanjaan dan pembayaran dengan sempurna dalam anggaran perbelanjaan tahunan yang diluluskan yang dia bertanggungjawab bagi mana-mana tahun kewangan;
{d)
pemungutan dan penjagaan semua wang Kerajaan dengan sempurna yang diterima oleh jabatan atau oleh mana-mana pegawai
Kerajaan yang ditempatkan di jabatan itu dan memastikan wang itu dipungut tepat pada waktunya;
{e)
ketepatan dan menyimpan dengan selamat semua barang stor
Kerajaan yang diterima, dipegang atau dilupuskan oleh atau untuk jabatan atau perkhidmatan yang baginya tujuannya diberikan;
{f)
memastikan pematuhan oleh jabatan atau oleh mana-mana pegawai Kerajaan yang ditempatkan di jabatan itu apa-apa garis panduan atau prosedur berkenaan dengan pemerolehan Kerajaan sebagaimana yang mungkin dikeluarkan oleh Menteri; dan 148
{gJ ketepatan akaun hasil dan perbelanjaan yang diberikan oleh jabatan atau oleh mana-mana pegawai Kerajaan yang ditempatkan di jabatan itu.