Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Bahagian 12

Section 49

(1)

Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, secara am berkaitan dengan mana-mana peruntukan tertentu Peraturan-Peraturan ini, atau secara am berkaitan dengan kawalan dan pengurusan kewangan Kerajaan Negara Brunei

Darussalam, dan bagi mana-mana prosedur kewangan dan perakaunan termasuk prosedur bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang Kerajaan, dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta Kerajaan, mengeluarkan, melalui

Surat Keliling, garis panduan, prosedur atau arahan sebagaimana yang mungkin dianggapnya wajar.

(2)

Jika mana-mana peruntukan sebarang garis panduan, prosedur atau arahan bertentangan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Perintah itu, ia hendaklah, setakat mana yang bertentangan, sama ada berkuat kuasa tertakluk kepada peraturan-peraturan tersebut atau, jika berkenaan, dengan mengambil kira peraturan-peraturan tersebut, tidaklah berkuat kuasa.

(3)

Menteri boleh mengecualikan, sama ada secara am atau selama suatu masa sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri, mana-mana pegawai

Kerajaan daripada mana-mana peruntukan sebarang garis panduan, prosedur atau arahan.

(4)

Tiap-tiap pegawai Kerajaan hendaklah mematuhi garis panduan, prosedur atau arahan yang berkenaan.

Report