Financial Regulations · As enacted
2. Tafsiran
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkanjika maksudnya berkehendakkan makna yang lain -
147
"Menteri yang berkenaan", berhubung dengan apa-apa gelaran atau nama jawatan, bermakna Menteri yang diberi tanggungjawab atas Kementerian atau Jabatan yang dimaksudkan oleh gelaran atau nama jawatan itu;
"Panjar" termasuk tunai runcit atau wang pendahuluan;
"Pegawai Pengawal" bermakna -
{a}
Setiausaha Tetap Kementerian;
[b)
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian;
{c)
Ketua Jabatan; atau
[d)
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Jurukira Agung, yang melaksanakan kewajipan-kewajipan yang disebut dalam, dan bagi maksud, Peraturan-Peraturan ini;
"pegawai perakaunan" termasuk tiap-tiap pegawai Kerajaan yang diberi tugas untuk memungut, menerima, atau memasukkan ke dalam akaun, atau
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM yang sebenarnya memungut, menerima atau memasukkan ke dalam akaun, mana-mana wang Kerajaan, atau yang diberi tugas untuk mengeluarkan, atau yang sebenarnya mengeluarkan, mana-mana wang Kerajaan, dan tiap-tiap pegawai Kerajaan yang diberi tugas untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau memasukkan ke dalam akaun, barang-barang stor
Kerajaan atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang-barang stor Kerajaan, tetapi tidak termasuk Menteri.