In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Financial Regulations · As enacted · Bahagian 5
Financial Regulations · As enacted · Bahagian 5
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Semua baucar pembayaran hendaklah mengandungi butir-butir lengkap tentang setiap perkhidmatan seperti tarikh, bilangan, kuantiti dan kadar yang diperlukan bagi membolehkan baucar pembayaran diperiksa.
Apabila perbekalan diberikan atau apa-apa kerja dilaksanakan di bawah suatu perjanjian atau kontrak, hendaklah disertakan bersama atau ditunjukkan pada baucar pembayaran berkaitan dengan perjanjian atau kontrak itu suatu perakuan yang menyatakan bahawa pembayaran bagi perbekalan atau kerja tersebut dibuat mengikut terma-terma perjanjian atau kontrak dan, jika perbekalan diberikan, bahawa perbekalan itu telah diterima atau, jika kerja dilaksanakan, bahawa kerja itu telah dilakukan dengan sempurna.
Jika suatu potongan berkaitan dengan penalti atau kerosakan dibuat daripada amaun yang kena dibayar di bawah suatu kontrak, jumlah bersih sahaja yang akan dibayar.