Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Bahagian 5

31. Tanggungjawab pegawai perakaunan untuk meluluskan baucar pembayaran

(1)

Mana-mana pegawai perakaunan yang meluluskan baucar pembayaran hendaklah dengan yang demikian mengesahkan bahawa ia adalah tepat dalam segala perincian.

(2)

Pegawai perakaunan hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan bahawa-

155

(a}

kelulusan telah diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkenaan seperti yang disebut;

(b}

apa-apa perkhidmatan yang dinyatakan dalam baucar pembayaran telah dilaksanakan dengan sempurna;

(c}

apa-apa barang stor Kerajaan yang dibeli telah diterima dengan sempurna;

(dJ harga yang dikenakan adalah seperti yang dipersetujui secara bertulis atau mengikut skala yang diluluskan;

(e}

pengiraan telah ditentusahkan dan adalah betul; dan

{fJ penerima yang namanya pada baucar pembayaran adalah berhak untuk menerima bayaran.

Report