In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Financial Regulations · As enacted · Bahagian 4
Financial Regulations · As enacted · Bahagian 4
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Maka hendaklah ada Lembaga Tawaran Negara yang hendaklah bertanggungjawab bagi membuka, menerima, mengkaji semula dan menimbangkan tawaran untuk kerja, perkhidmatan dan perbekalan barang-barang stor Kerajaan kepada Kerajaan mengikut had nilainya dan membuat cadangan atas tawaran sedemikian bagi titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Lembaga Tawaran Negara adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli-ahli lain sebagaimana yang mungkin dilantik tiap-tiap tahun pada permulaan setiap tahun kewangan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.