Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Bahagian 4

16. Lembaga Tawaran Kecil

(1)

Maka hendaklah ada Lembaga Tawaran Kecil Kementerian yang hendaklah bertanggungjawab bagi membuka, menerima, mengkaji semula dan menimbang tawaran untuk kerja, perkhidmatan dan perbekalan barang-barang stor Kerajaan kepada Kerajaan mengikut had nilainya dan membuat cadangan atas tawaran sedemikian bagi kelulusan Menteri yang berkenaan.

(2)

Setiap Lembaga Tawaran Kecil adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli-ahli lain sebagaimana yang mungkin dilantik tiap-tiap tahun pada permulaan setiap tahun kewangan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.

Report