Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Bahagian 4

17. Jawatankuasa Sebut Harga

(1)

Maka hendaklah ada Jawatankuasa Sebut Harga suatu Jabatan yang hendaklah bertanggungjawab bagi membuka, menerima, mengkaji semula dan menimbang sebut harga untuk kerja, perkhidmatan dan perbekalan barang-barang stor Kerajaan kepada Kerajaan mengikut had nilainya dan membuat cadangan atas sebut harga terse but bagi kelulusan Ketua Jabatan.

(2)

Jawatankuasa Sebut Harga adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli-ahli lain sebagaimana yang mungkin dilantik oleh Menteri yang berkenaan.

Report