Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part I · Permulaan
2. Tafsiran
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain —
"Akta yang dimansuhkan" bermakna Akta Telekom (Penggal 54) yang di-mansuhkan oleh Perintah ini;
"gelombang Hertz atau radio" bermakna perambatan gelombang elektro-magnet dalam frekuensi yang tidak melebihi dari 1,000 terahertz di udara tanpa sebarang penunjuk buatan;
“hari yang ditetapkan" bermakna tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini;
"jalan" termasuk mana-mana lorong, jalan raya, jalan kecil, lintasan, laluan atau tempat terbuka, sama ada jalan besar atau tidak, yang di atasnya orang ramai mempunyai hak lalu lalang dan juga jalan kenderaan dan lorong pejalan kaki di atas mana-mana jambatan awam dan termasuk mana-mana jalan raya, lorong pejalan kaki atau laluan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan sebagai cara untuk memasuki dua tanah atau lebih, sama ada orang ramai mempunyai hak lalu lalang di atasnya atau tidak;
129
"JTB" bermakna Jabatan Telekom Kerajaan yang sedia ada sejurus sebelum permulaan kuatkuasa Perintah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komu-nikasi Negara Brunei Darussalam, 2001;
"kabel telekomunikasi" bermakna sebarang kabel suatu sistem telekomuni-kasi yang dipunyai oleh atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen sistem telekomunikasi;
"kelengkapan" termasuk sebarang alat, perkakas atau aksesori yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud-maksud teleko-munikasi;
"kerja pengesanan kabel telekomunikasi" bermakna sebarang kerja mengesan atau mencari kedudukan sebarang kabel telekomunikasi bawah tanah;
"kerja tanah" termasuk —
sebarang perbuatan menggali tanah, batuan atau bahan lain (dengan apa cara pun} berhubung dengan —
sebarang kerja bagi atau berkenaan dengan pembinaan, pem-binaan semula, binaan tambahan, pengubahsuaian, pen-gubahan, perobohan atau pembaikan sebarang bangunan, jalan raya, landasan keretapi, jambatan, jejambat, jejantas, kerja betung atau kumbahan;
sebarang kerja bagi atau berkenaan dengan pemasangan, pe-meriksaan, pembaikan atau penggantian sebarang saluran utama, paip, kabel, alat atau perkakas lain;
sebarang kerja penyelidikan tanah; atau
kerja lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang men-jalankan perniagaan sebagai kontraktor dalam industri pembi-naan atau sebagai jurutera profesional awam atau struktur;
sebarang perbuatan menggerek, mengorek, membicu, merata-kan, mencerucuk atau membuat terowong di atas atau di bawah sebarang bangunan atau jalan dengan menggunakan sebarang alat mekanikal; dan
(c} mencacak atau membenamkan sebarang rod tanah, selongsong atau tiub ke dalam tanah;
"Ketua Eksekutif" bermakna Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa dan termasuk mana-mana Ketua Eksekutif sementara Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah bab 10 dari Perintah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam, 2001;
130
131
"lesen kerja pengesanan kabel telekomunikasi" bermakna suatu lesen yang diberikan di bawah bab 29:
"Menteri" bermakna Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara telekomunikasi;
“pekerja pengesan kabel telekomunikasi" bermakna mana-mana orang yang pertukangan atau pekerjaannya menghendaki atau termasuk perlaksanaan olehnya sendiri akan kerja pengesanan kabel telekomunikasi;
"pemegang lesen sistem telekomunikasi" bermakna seseorang yang dilesen-kan di bawah bab 5 untuk mengendalikan suatu sistem telekomunikasi;
"pemegang lesen telekomunikasi" bermakna seseorang yang telah diberikan suatu lesen di bawah bab 5;
"“pemegang lesen telekomunikasi awam" bermakna Seseorang yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa di bawah bab 6;
"pepasangan atau loji yang digunakan bagi telekomunikasi" termasuk semua bangunan, tanah, struktur, jentera, kelengkapan, kabel, tiang dan talian yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan berhubung dengan teleko-munikasi;
"pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi awam" bermakna sebarang pepasangan atau loji yang digunakan bagi telekomunikasi yang dipunyai atau digunakan oleh pemegang lesen telekomunikasi awam;
"perkhidmatan radio-komunikasi" bermakna sebarang perkhidmatan radio-komunikasi;
"perkhidmatan telekomunikasi" bermakna sebarang perkhidmatan teleko-munikasi tetapi tidak termasuk sebarang perkhidmatan penyiaran;
"perutusan" bermakna sebarang jenis isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi, risikan atau maklumat yang dihantar melalui telekomunikasi;
"Pihak Berkuasa" bermakna Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komuni-kasi Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan di bawah Perintah Pihak
Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam,
2001;
"radio-komunikasi" bermakna sebarang telekomunikasi melalui gelombang
Hertz atau radio;
"saham" termasuk stok;
"sekuriti", berkenaan dengan suatu syarikat, termasuk saham, debentur, bon dan sekuriti lain syarikat itu, sama ada atau tidak menjadi suatu cagaran ke atas aset syarikat itu;
"sistem radio-komunikasi" bermakna sebarang sistem yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi radio-komunikasi;
"sistem telekomunikasi" bermakna sebarang sistem yang digunakan atau di-maksudkan untuk digunakan bagi telekomunikasi;
"talian telekomunikasi" bermakna suatu kawat atau kabel yang digunakan untuk telekomunikasi dengan sebarang selongsong, salutan, tiub atau paip yang menutupinya dan sebarang alat dan perkakas berhubung dengannya bagi maksud mengikat atau menebatnya;
"tataamalan" dan "piawaian prestasi" bermakna, masing-masing, suatu tata-amalan dan suatu piawaian prestasi yang dikeluarkan atau dibenarkan di bawah bab 26;
"telekomunikasi" bermakna sebarang jenis penghantaran, pemancaran atau penerimaan isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi atau risikan dengan kawat, radio, sistem optik atau sistem elektromagnet yang lain sama ada atau tidak isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi atau risikan tersebut terdedah kepada penyusunan semula, pengiraan atau proses lain dengan apa-apa cara semasa penghantaran, pemancaran atau penerimaannya;
"vesel" termasuk sebarang kapal, bot, kenderaan berkusyen udara atau rig terapung atau pelantar yang digunakan dalam sebarang bentuk pengendalian di laut atau sebarang perihalan lain vesel.
, BAHAGIAN II
HAK ISTIMEWA DAN PELESENAN DLL. SISTEM TELEKOMUNIKASI
Part III
Pembinaan, Penyenggaraan dan Pembaikan Pepasangan Telekomunikasi
Part IV
Tataamalan dan Arahan
Part V
Kerja Pengesanan Kabel Telekomunikasi
Part VI
Kesalahan dan Hukuman
Part VII
Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX