Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part VIII · Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

62. Kuasa untuk menghendaki maklumat dll

(1)

Pihak Berkuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak

Berkuasa bagi maksud itu boleh, untuk tujuan menunaikan tugas-tugasnya di bawah Perintah ini, dengan perintah —

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk memberikan kepada Pihak

Berkuasa sebarang maklumat yang ada dalam milikannya yang berkaitan dengan sebarang perkhidmatan telekomunikasi atau sistem telekomunikasi; dan

(bo)

menghendaki mana-mana orang yang ada dalam jagaannya atau di bawah kawalannya sebarang dokumen yang berkaitan dengan sebarang perkhidmatan telekomunikasi atau sistem telekomunikasi —

(i)

untuk memberikan kepada Pihak Berkuasa satu salinan atau cabutan dari dokumen itu; atau

(ii)

melainkan jika dokumen itu merupakan sebahagian dari rekod atau dokumen lain mahkamah atau pihak berkuasa awam, untuk menghantar dokumen itu sendiri kepada Pihak Berkuasa untuk diperiksa.

(2)

Pihak Berkuasa atau pegawai yang telah diberi kuasa itu adalah berhak tanpa bayaran untuk menyimpan sebarang salinan atau cabutan yang diberikan kepadanya di bawah ceraian (1).

(3)

Pihak Berkuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak

Berkuasa bagi maksud itu hendaklah pada setiap masa yang munasabah pada

170

waktu siang mempunyai akses penuh dan bebas ke semua bangunan, tempat, buku, dokumen dan kertas lain untuk tujuan menunaikan tugas-tugasnya di bawah Perintah ini, dan boleh, tanpa bayaran, memeriksa, menyalin atau mem-buat cabutan dari sebarang buku, dokumen atau kertas tersebut.

(4)

Pihak Berkuasa boleh mengambil milik sebarang kelengkapan, buku, dokumen atau kertas jika pada pendapatnya —

(a)

kelengkapan, buku, dokumen atau kertas itu mungkin diusik atau dimusnahkan melainkan jika pemilikan diambil; atau

(b)

kelengkapan, buku, dokumen atau kertas itu mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam prosiding kerana suatu kesalahan di bawah

Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya.

(5)

Hak-hak yang diberikan oleh bab ini hendaklah, berkenaan dengan maklumat yang direkodkan melainkan dalam bentuk yang mudah dibaca ter-masuk hak untuk menghendaki supaya maklumat disediakan dalam bentuk yang mudah dibaca untuk diperiksa atau supaya satu salinan atau cabutan dibuat darinya.

(6)

Mana-mana orang yang —

(a)

gagal mematuhi sebarang kehendak yang dinyatakan dalam sebarang perintah di bawah ceraian (1);

(b)

dengan sengaja mengubah, memadamkan atau memusnahkan sebarang dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh sebarang perintah di bawah ceraian (1) untuk diberikan atau dihantar olehnya; atau

(c)

dalam memberikan sebarang maklumat yang dikehendaki dari-padanya di bawah sebarang perintah di bawah ceraian (1), membuat sebarang pernyataan yang diketahuinya sebagai palsu dalam sesuatu butiran penting, atau dengan melulu membuat sebarang pernyataan yang palsu dalam sesuatu butiran penting, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikena-kan suatu denda yang tidak melebihi dari $5,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 12 bulan atau kedua-duanya sekali dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, dikenakan suatu denda tambahan yang tidak melebihi dari $50 bagi setiap hari atau sebahagiannya selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.

(7)

Tiada sesiapapun boleh menurut bab ini dikehendaki untuk mendedah-kan sebarang butiran yang mengenainya dia mempunyai kewajipan berkanun untuk merahsiakannya.

171

Kuasa untuk menangkap dan memeriksa berkaitan dengan kesalahan-kesalahan boleh tangkap.

Report

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am