Order · As enacted · 8 parts
Telecommunications Order, 2001
Part I
Permulaan
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Telekomunikasi, 2001 dan hendaklah mula berjalan kuatkuasanya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan kenyataan dalam Warta Kerajaan.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk mengadakan peruntukan bagi pengendalian dan pembekalan sistem dan perkhidmatan tele-komunikasi di Negara Brunei Darussalam, dan bagi perkara-perkara yang ber-hubung dengannya".
s 2Tafsiran
Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain —
"Akta yang dimansuhkan" bermakna Akta Telekom (Penggal 54) yang di-mansuhkan oleh Perintah ini;
"gelombang Hertz atau radio" bermakna perambatan gelombang elektro-magnet dalam frekuensi yang tidak melebihi dari 1,000 terahertz di udara tanpa sebarang penunjuk buatan;
“hari yang ditetapkan" bermakna tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini;
"jalan" termasuk mana-mana lorong, jalan raya, jalan kecil, lintasan, laluan atau tempat terbuka, sama ada jalan besar atau tidak, yang di atasnya orang ramai mempunyai hak lalu lalang dan juga jalan kenderaan dan lorong pejalan kaki di atas mana-mana jambatan awam dan termasuk mana-mana jalan raya, lorong pejalan kaki atau laluan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan sebagai cara untuk memasuki dua tanah atau lebih, sama ada orang ramai mempunyai hak lalu lalang di atasnya atau tidak;
129
"JTB" bermakna Jabatan Telekom Kerajaan yang sedia ada sejurus sebelum permulaan kuatkuasa Perintah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komu-nikasi Negara Brunei Darussalam, 2001;
"kabel telekomunikasi" bermakna sebarang kabel suatu sistem telekomuni-kasi yang dipunyai oleh atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen sistem telekomunikasi;
"kelengkapan" termasuk sebarang alat, perkakas atau aksesori yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud-maksud teleko-munikasi;
"kerja pengesanan kabel telekomunikasi" bermakna sebarang kerja mengesan atau mencari kedudukan sebarang kabel telekomunikasi bawah tanah;
"kerja tanah" termasuk —
sebarang perbuatan menggali tanah, batuan atau bahan lain (dengan apa cara pun} berhubung dengan —
sebarang kerja bagi atau berkenaan dengan pembinaan, pem-binaan semula, binaan tambahan, pengubahsuaian, pen-gubahan, perobohan atau pembaikan sebarang bangunan, jalan raya, landasan keretapi, jambatan, jejambat, jejantas, kerja betung atau kumbahan;
sebarang kerja bagi atau berkenaan dengan pemasangan, pe-meriksaan, pembaikan atau penggantian sebarang saluran utama, paip, kabel, alat atau perkakas lain;
sebarang kerja penyelidikan tanah; atau
kerja lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang men-jalankan perniagaan sebagai kontraktor dalam industri pembi-naan atau sebagai jurutera profesional awam atau struktur;
sebarang perbuatan menggerek, mengorek, membicu, merata-kan, mencerucuk atau membuat terowong di atas atau di bawah sebarang bangunan atau jalan dengan menggunakan sebarang alat mekanikal; dan
(c} mencacak atau membenamkan sebarang rod tanah, selongsong atau tiub ke dalam tanah;
"Ketua Eksekutif" bermakna Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa dan termasuk mana-mana Ketua Eksekutif sementara Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah bab 10 dari Perintah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam, 2001;
130
131
"lesen kerja pengesanan kabel telekomunikasi" bermakna suatu lesen yang diberikan di bawah bab 29:
"Menteri" bermakna Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara telekomunikasi;
“pekerja pengesan kabel telekomunikasi" bermakna mana-mana orang yang pertukangan atau pekerjaannya menghendaki atau termasuk perlaksanaan olehnya sendiri akan kerja pengesanan kabel telekomunikasi;
"pemegang lesen sistem telekomunikasi" bermakna seseorang yang dilesen-kan di bawah bab 5 untuk mengendalikan suatu sistem telekomunikasi;
"pemegang lesen telekomunikasi" bermakna seseorang yang telah diberikan suatu lesen di bawah bab 5;
"“pemegang lesen telekomunikasi awam" bermakna Seseorang yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa di bawah bab 6;
"pepasangan atau loji yang digunakan bagi telekomunikasi" termasuk semua bangunan, tanah, struktur, jentera, kelengkapan, kabel, tiang dan talian yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan berhubung dengan teleko-munikasi;
"pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi awam" bermakna sebarang pepasangan atau loji yang digunakan bagi telekomunikasi yang dipunyai atau digunakan oleh pemegang lesen telekomunikasi awam;
"perkhidmatan radio-komunikasi" bermakna sebarang perkhidmatan radio-komunikasi;
"perkhidmatan telekomunikasi" bermakna sebarang perkhidmatan teleko-munikasi tetapi tidak termasuk sebarang perkhidmatan penyiaran;
"perutusan" bermakna sebarang jenis isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi, risikan atau maklumat yang dihantar melalui telekomunikasi;
"Pihak Berkuasa" bermakna Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komuni-kasi Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan di bawah Perintah Pihak
Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam,
2001;
"radio-komunikasi" bermakna sebarang telekomunikasi melalui gelombang
Hertz atau radio;
"saham" termasuk stok;
"sekuriti", berkenaan dengan suatu syarikat, termasuk saham, debentur, bon dan sekuriti lain syarikat itu, sama ada atau tidak menjadi suatu cagaran ke atas aset syarikat itu;
"sistem radio-komunikasi" bermakna sebarang sistem yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi radio-komunikasi;
"sistem telekomunikasi" bermakna sebarang sistem yang digunakan atau di-maksudkan untuk digunakan bagi telekomunikasi;
"talian telekomunikasi" bermakna suatu kawat atau kabel yang digunakan untuk telekomunikasi dengan sebarang selongsong, salutan, tiub atau paip yang menutupinya dan sebarang alat dan perkakas berhubung dengannya bagi maksud mengikat atau menebatnya;
"tataamalan" dan "piawaian prestasi" bermakna, masing-masing, suatu tata-amalan dan suatu piawaian prestasi yang dikeluarkan atau dibenarkan di bawah bab 26;
"telekomunikasi" bermakna sebarang jenis penghantaran, pemancaran atau penerimaan isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi atau risikan dengan kawat, radio, sistem optik atau sistem elektromagnet yang lain sama ada atau tidak isyarat, semboyan, tulisan, gambaran, bunyi atau risikan tersebut terdedah kepada penyusunan semula, pengiraan atau proses lain dengan apa-apa cara semasa penghantaran, pemancaran atau penerimaannya;
"vesel" termasuk sebarang kapal, bot, kenderaan berkusyen udara atau rig terapung atau pelantar yang digunakan dalam sebarang bentuk pengendalian di laut atau sebarang perihalan lain vesel.
, BAHAGIAN II
HAK ISTIMEWA DAN PELESENAN DLL. SISTEM TELEKOMUNIKASI
Mulai dari hari yang ditetapkan dan tertakluk kepada Perintah ini, Pihak
Berkuasa hendaklah mempunyai: hak istimewa untuk mengendalikan dan mem-bekalkan sistem dan perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam.
Hak istimewa yang diberikan kepada Pihak Berkuasa oleh ceraian (1)
hendaklah —
fa) termasuk hak untuk mengadakan, memasang, menggunakan, mengerjakan, menyenggara, memajukan, membina, menggalakkan, menyewakan dan menjual sistem dan perkhidmatan telekomunikasi; dan 132
{b} diperluaskan kepada setiap vesel atau pesawat terbang yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan setiap vesel, pesawat terbang lain dan sebarang kenderaan, sama ada digerakkan dengan jentera atau tidak, di
Negara Brunei Darussalam.
Kekecualian kepada bab 3.
menjalankan oleh seseorang semata-mata untuk kegunaannya sendiri atau semata-mata bagi maksud-maksud perniagaannya (tetapi bukan untuk membekalkan sebarang perkhidmatan telekomunikasi kepada orang lain) suatu sistem talian telekomunikasi di mana semua kelengkapan yang ter-kandung di dalamnya terletak —
didalam satu set premis yang diduduki sendirian; atau
di dalam sesebuah vesel, pesawat terbang atau kenderaan atau di dalam 2 atau lebih vesel, pesawat terbang atau kenderaan yang menggunakan jentera yang sama; atau
mengendalikan sebarang sistem telekomunikasi semasa menjalan-kan kewajipan-kewajipan mereka oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan angkatan bersenjata lain yang pada masa itu berada di Negara Brunei Darussalam, atau mana-mana angkatan pelawat yang ada pada masa itu di Negara Brunei
Darussalam menurut sebarang undang-undang bertulis atau menurut sebarang penyusunan yang sah yang dibuat oleh Negara Brunei Darussalam.
Suatu lesen boleh, dengan persetujuan, atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri, diberikan oleh Pihak Berkuasa, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikenakan dan dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam lesen itu dan sama ada tidak boleh dibatalkan atau tertakluk kepada pembatalan yang dinyatakan di dalamnya bagi menjalankan sistem dan perkhidmatan telekomunikasi yang termasuk di bawah bab 3 sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu.
Suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian (1) boleh diberikan sama ada kepada mana-mana orang, golongan orang atau orang tertentu, dan boleh memasukkan (tanpa menjejaskan kuasa untuk mengenakan syarat-syarat yang diberikan oleh ceraian itu) syarat-syarat yang menghendaki —
pemegang lesen untuk membuat perjanjian atau penyusunan dengan mana-mana orang, golongan orang atau pemegang lesen telekomuni-kasi lain bagi —
133
saling hubungan, dan akses kepada, sistem telekomunikasi;
perkongsian pepasangan atau loji yang digunakan untuk tele-komunikasi yang dipunyai oleh mana-mana pemegang lesen telekomunikasi; dan
maksud lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam lesen itu, dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dipersetujui oleh pemegang lesen dan orang-orang atau pemegang-pemegang lesen lain atau, sekiranya tidak mencapai persetujuan, sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
pembayaran kepada Pihak Berkuasa suatu bayaran atas pemberian lesen itu atau pembayaran kepadanya bayaran berkala dalam tempoh sahnya lesen itu atau kedua-duanya, dalam suatu amaun sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh atau di bawah lesen itu;
supaya pemegang lesen mematuhi sebarang arahan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa tentang perkara-perkara yang dinyatakan dalam lesen itu atau dari perihalan yang dinyatakan demikian;
d) supaya pemegang lesen mematuhi tataamalan dan piawaian prestasi yang boleh dikenakan kepada pemegang lesen; dan
supaya pemegang lesen melakukan, atau tidak melakukan, perkara-perkara yang dinyatakan dalam lesen itu atau dari perihalan yang dinyatakan demikian.
Sebarang pembayaran yang dikehendaki oleh ceraian (2) untuk di-buat kepada Pihak Berkuasa boleh didapatkan kembali olehnya di mana-mana mahkamah berbidang kuasa yang layak seolah-olah pembayaran itu adalah suatu hutang kontrak ringan.
Tiada sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada pemberian suatu lesen di bawah ceraian (1) dibuat, atau tidak dibuat, dengan persetujuan atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri, dan kesahan suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian itu tidaklah boleh dipertikaikan atas alasan bahawa lesen itu tidak diberikan dengan persetujuan atau menurut terma-terma autoriti am yang diberikan oleh Menteri.
Pemberian lesen-lesen di bawah bab ini adalah atas budibicara Pihak
Berkuasa.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh menghalang Menteri dari mengarahkan Pihak Berkuasa untuk memberikan suatu lesen dalam sebarang hal tertentu dan mana-mana orang yang tidak puas hati dengan keengganan Pihak
134
Berkuasa untuk memberikan suatu lesen boleh dalam masa 14 hari dari tarikh keengganan Pihak Berkuasa itu merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Apa-apa jua yang dilakukan di bawah dan menurut suatu lesen yang diberikan di bawah ceraian (1) tidaklah menjadi suatu pelanggaran hak istimewa yang diberikan oleh bab 3.
s 6Penetapan pemegang lesen telekomunikasi awam
Pihak Berkuasa boleh, dengan kebenaran Menteri, menetapkan mana-mana orang yang telah diberikan suatu lesen di bawah bab 5 sebagai pemegang lesen telekomunikasi awam bagi melaksanakan semua atau sebarang tugas berkenaan dengan pengendalian dan pembekalan sistem dan perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam di dalam hak istimewa Pihak Berkuasa di bawah
Perintah ini.
Tertakluk kepada bab ini, Pihak Berkuasa boleh mengubahsuai syarat-syarat suatu lesen yang diberikan di bawah bab 5.
Sebelum membuat pengubahsuaian kepada syarat-syarat suatu lesen pemegang lesen telekomunikasi awam di bawah bab ini, Pihak Berkuasa hendak-lah memberi notis kepada pemegang lesen tersebut —
yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa bercadang hendak mem-buat pengubahsuaian mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu dan pampasan yang kena dibayar kerana sebarang kerugian yang berlaku; dan
yang menyatakan masa (iaitu tidak kurang dari 28 hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada pemegang lesen tersebut) pernyataan bertulis berkenaan dengan pengubahsuaian yang dicadangkan itu boleh dibuat.
Setelah menerima sebarang pernyataan bertulis yang disebut dalam ceraian (2), Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan pernyataan itu dan boleh —
menolak pernyataan itu; atau
meminda pengubahsuaian yang dicadangkan itu atau pampasan yang kena dibayar menurut pernyataan itu, ataupun selainnya, dan, dalam salah satu hal, Pihak Berkuasa hendaklah selepas itu mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada pemegang lesen tersebut yang menghendaki supaya kuatkuasa diberikan kepada pengubahsuaian yang dicadangkan itu yang dinyatakan dalam notis tersebut atau kepada pengubahsuaian yang dipinda kemu-diannya oleh Pihak Berkuasa dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
135
Mana-mana pemegang lesen telekomunikasi awam yang tidak puas hati dengan keputusan Pihak Berkuasa di bawah ceraian (3) boleh, dalam masa 14 hari dari tarikh arahan itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri yang keputusan-nya adalah muktamad.
Pihak Berkuasa tidaklah boleh menguatkuasakan arahannya —
dalam tempoh yang disebut dalam ceraian (4); dan
semasa rayuan pemegang lesen telekomunikasi awam dalam pertimbangan Menteri.
Jika pernyataan bertulis tiada diterima oleh Pihak Berkuasa dalam masa yang dinyatakan dalam ceraian (2) atau jika sebarang pernyataan bertulis yang dibuat di bawah ceraian (2) kemudiannya ditarik balik, Pihak Berkuasa boleh dengan serta-merta menjalankan pengubahsuaian yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah ceraian (2).
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa seseorang diberikan suatu lesen di bawah bab 5 atau sebarang peraturan yang dibuat di bawah Perintah ini melanggar, atau telah melanggar, sama ada dengan perbuatan atau peninggalan —
sebarang syarat lesen itu atau sebahagiannya;
sebarang peruntukan mana-mana tataamalan atau piawaian prestasi; atau
sebarang arahan Pihak Berkuasa yang diberikan di bawah bab 27,
Pihak Berkuasa boleh, dengan notis secara bertulis, melakukan salah satu atau kedua-dua yang berikut —
{i) mengeluarkan perintah bertulis kepada orang itu sebagaimana yang dianggapnya perlu bagi maksud memastikan ia dipatuhi;
menghendaki pembayaran, dalam suatu tempoh yang ditentu-kan, penalti dengan wang yang jumlahnya tidak melebihi dari
$1 juta sebagaimana yang difikirkannya patut.
kecuali jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa orang itu mungkin melanggarnya sekali lagi, sama ada dengan perbuatan atau peninggalan, Pihak Berkuasa boleh
(sebagai ganti suatu perintah atau penalti dengan wang di bawah perenggan (i)
atau {ii) atau kedua-duanya) dengan notis secara bertulis dan tanpa pampasan, melakukan semua atau mana-mana yang berikut —
136
{A} membatalkan lesen itu atau sebahagiannya;
(B] menggantung lesen itu atau sebahagiannya selama suatu tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut;
mengurangkan tempoh lesen itu dikuatkuasakan.
Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan sebarang keputusan
Pihak Berkuasa di bawah ceraian (1) boleh, dalam masa 14 hari setelah orang itu diberikan notis secara bertulis yang disebut dalam ceraian (1), merayu kepada
Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (i) ceraian (1) —
adalah menghendaki supaya orang yang berkenaan (menurut hal keadaan kes itu) melakukan, atau tidak melakukan, perkara-perkara yang di-nyatakan dalam perintah itu atau dari perihalan’ yang dinyatakan di dalam-nya;
hendaklah berkuatkuasa pada masa, seawal-awalnya yang boleh, sebagaimana yang ditentukan oleh atau di bawah perintah itu; dan
boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi sebarang perintah di bawah perenggan kecil (i) ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Dalam sebarang prosiding yang dibawa terhadap mana-mana orang kerana suatu kesalahan di bawah ceraian (4), adalah menjadi suatu pembelaan baginya untuk membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan perintah itu dari dilanggar.
Sebarang penalti dengan wang yang kena dibayar oleh mana-mana orang menurut ceraian (1) boleh didapatkan kembali oleh Pihak Berkuasa sebagai suatu hutang kepada Pihak Berkuasa daripada orang itu dan tanggungan orang itu untuk membayar tidaklah terjejas oleh lesennya yang terhenti dari berkuatkuasa (kerana sebarang sebab).
Sebarang kelengkapan yang hendak digunakan untuk disambungkan ke sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi yang dipunyai oleh pemegang lesen telekomunikasi hendaklah dibenarkan oleh Pihak Berkuasa sebelum digunakan.
137
Seseorang yang memohon suatu kebenaran di bawah bab ini boleh di-kehendaki oleh Pihak Berkuasa untuk mematuhi kehendak-kehendak sebagai-mana yang mungkin difikirkan bersesuaian oleh Pihak Berkuasa; dan kehendak-kehendak itu boleh termasuk suatu kehendak untuk memuaskan hati orang lain berkenaan dengan sebarang perkara.
Suatu kebenaran di bawah bab ini boleh digunakan sama ada untuk kelengkapan tertentu atau untuk sebarang kelengkapan dari suatu perihalan yang dinyatakan dalam kebenaran itu, dan boleh digunakan demikian sama ada bagi maksud-maksud suatu sistem telekomunikasi tertentu atau bagi maksud-maksud sebarang sistem telekomunikasi dari suatu perihalan yang dinyatakan demikian.
Suatu kebenaran di bawah bab ini boleh menyatakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi jika kebenaran itu digunakan, bagi sebarang maksud yang dinyata-kan dalam kebenaran itu, untuk sebarang sistem atau kelengkapan telekomunikasi yang dinyatakan demikian atau dari suatu perihalan yang dinyatakan demikian;
dan sebarang syarat tersebut boleh mengenakan kepada orang yang diberikan kebenaran itu suatu kehendak dari masa ke semasa untuk memuaskan hati orang lain berkenaan dengan sebarang perkara.
Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain yang kena memutuskan sebarang perkara bagi maksud-maksud sebarang kehendak yang dikenakan menurut ceraian (2) atau (4) boleh mengenakan suatu bayaran berkaitan dengan sebarang ujian yang dijalankan atau penilaian lain yang dibuat oleh Pihak
Berkuasa atau orang lain.
Pemegang lesen telekomunikasi awam boleh, dengan kebenaran Pihak
Berkuasa (kecuali dalam hal-hal kecemasan), menghentikan atau enggan mem-bekalkan suatu perkhidmatan telekomunikasi kepada mana-mana orang melalui suatu sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi yang dikendalikan oleh pemegang lesen tersebut jika, dengan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi tersebut, ada disambungkan atau dimaksudkan untuk disambungkan ke sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi itu, kelengkapan atau pengkabelan yang menjadi ancaman kepada —
keselamatan atau perjalanan fungsi sistem telekomunikasi atau talian telekomunikasi itu dengan sempurna; atau
keselamatan mana-mana orang.
Kuasa baki Pihak Berkuasa untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi.
s 10
Pihak Berkuasa boleh membekalkan sebarang perkhidmatan tele-komunikasi walaupun ia telah memberikan suatu lesen kepada mana-mana orang di bawah bab 5, dalam sebarang hal keadaan yang berikut —
138
faj jika Pihak Berkuasa berpendapat bahawa seseorang yang di-lesenkan di bawah bab 5 telah gagal menunaikan atau tidak menunaikan se-hingga memuaskan hati Pihak Berkuasa obligasi-obligasi yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa kepada orang itu dalam lesen yang diberikan kepada orang itu; atau fb) untuk menguatkuasakan sebarang arahan Menteri di bawah bab 61.
Jika Pihak Berkuasa menjalankan pembekalan perkhidmatan tele-komunikasi di bawah ceraian (1), bab-bab 2, 9, 12 hingga 24, ceraian (1) bab 25, bab-bab 32, 39 hingga 43, 46 hingga 57 dan 73 hendaklah dikenakan, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang perlu, kepada Pihak Berkuasa berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan tersebut dan sebutan-sebutan kepada pemegang lesen telekomunikasi awam dalam bab-bab itu hendaklah dibaca sebagai sebutan-sebutan kepada Pihak Berkuasa.
Caj dan terma-terma lain bagi perkhidmatan yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa.
ll. (1) Pihak Berkuasa boleh membuat, berkenaan dengan sebarang perkhid-matan yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa di bawah Perintah ini, suatu skim atau skim-skim untuk menentukan salah satu atau kedua-dua yang berikut —
fa) caj yang, kecuali setakat mana caj itu menjadi perkara suatu perjanjian di antara Pihak Berkuasa dan seseorang yang menggunakan perkhidmatan itu, akan dibuat oleh Pihak Berkuasa;
{b) terma-terma dan syarat-syarat lain yang, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan, akan dikenakan kepada perkhidmatan itu.
Suatu skim yang dibuat di bawah bab ini boleh membuat peruntukan yang berlainan bagi kes-kes atau jenis-jenis kes yang berlainan yang ditentukan oleh, atau menurut, peruntukan-peruntukan skim itu.
Suatu caj yang boleh dituntut menurut bab ini boleh didapatkan kembali oleh Pihak Berkuasa di mana-mana mahkamah berbidang kuasa yang layak seolah-olah caj itu adalah suatu hutang kontrak ringan.
Suatu skim atau sebarang pindaannya yang dibuat di bawah bab ini hendaklah mula berkuatkuasa pada suatu tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh ditafsirkan sebagai melarang Pihak Berkuasa dari melevi sebarang caj atau memungut sebarang wang kerana apa-apa jua yang dilakukan atau sebarang perkhidmatan yang diberikan hanya kerana tidak dimasukkan dalam suatu skim dan kadaran, caj dan bayaran yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa bagi sebarang perkhidmatan yang
139
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM diberikan hendaklah menurut kadaran, caj dan bayaran sebagaimana yang mungkin, dari masa ke semasa, ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Kadaran, caj dan bayaran yang dikenakan oleh JTB sejurus sebelum hari yang ditetapkan hendaklah terus sah walaupun ditentukan oleh Pihak Berkuasa di bawah bab ini sehingga dibatalkan, diubah ataupun sebaliknya ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Part III
Pembinaan, Penyenggaraan dan Pembaikan Pepasangan Telekomunikasi
Part IV
Tataamalan dan Arahan
Part V
Kerja Pengesanan Kabel Telekomunikasi
Part VI
Kesalahan dan Hukuman
Part VII
Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX