In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part III · Pembinaan, Penyenggaraan dan Pembaikan Pepasangan Telekomunikasi
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part III · Pembinaan, Penyenggaraan dan Pembaikan Pepasangan Telekomunikasi
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Apabila pada pendapat pemegang lesen telekomunikasi awam bahawa adalah perlu atau mungkin perlu untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perintah ini kepada pemegang lesen telekomunikasi awam berkaitan dengan sebarang tanah selain dari tanah Kerajaan bagi pembekalan sebarangper-khidmatan telekomunikasi, pemegang lesen tersebut atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pemegang lesen tersebut bagi maksud itu boleh, setelah memberi notis tidak kurang dari 24 jam terlebih dahulu kepada penghuni tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu dan boleh membuat kerja ukur dan mengambil aras dan melakukan segala perbuatan lain yang perlu sebagai persediaan untuk membekal-kan perkhidmatan itu, setakat mana yang mungkin boleh tanpa menyebabkan sebarang kerosakan atau gangguan.
Sekiranya sebarang kerosakan atau gangguan berlaku kerana memasuki tanah itu, pemegang lesen telekomunikasi awam itu hendaklah membayar pampasan kepada pemilik atau penghuni tanah itu.
Tiada sebarang apapun dalam bab ini boleh dianggap sebagai membenar-kan mana-mana pekerja atau ejen pemegang lesen telekomunikasi awam untuk menebang atau membersihkan apa-apa tumbuh-tumbuhan atau sebarang pagar atau binaan lain atau untuk memasuki sebarang bangunan atau sebarang tempat tertutup yang bersambung dengan sebarang bangunan.
Part IV
Part V
Part VI
Part VII
Part VIII
Part IX