Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part III · Pembinaan, Penyenggaraan dan Pembaikan Pepasangan Telekomunikasi

20. Penyediaan kemudahan bagi radio-komunikasi

(1)

Mana-mana orang yang bermaksud hendak memasang, membina atau mendirikan, dalam lingkungan 200 meter dari tapak suatu pepasangan atau loji pemegang lesen telekomunikasi yang digunakan berhubung dengan perkhidmatan radio-komunikasinya, sebarang bangunan lebih dari 30 meter di atas aras bumi hendaklah memberitahu pemegang lesen itu secara bertulis sebelum menjalankan sebarang pemasangan, pembinaan atau pendirian tersebut.

(2)

Pemegang lesen telekomunikasi itu boleh, setelah menerima pemberi-tahuan tersebut daripada orang itu, membuat penyusunan dengan orang itu bagi pemegang lesen tersebut memasuki bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah untuk menyediakan ruang atau kemudahan lain di dalam atau di sekitar bangunan itu sebagaimana yang mungkin diperlukan atau patut bagi sebarang pepasangan atau loji yang digunakan berhubung dengan perkhidmatan radio-komunikasi yang akan diletakkan, ditempatkan, didirikan, dibina atau dipasang di dalam, di atas atau di sekitar bangunan itu.

(3)

Jika, pada pendapat pemegang lesen telekomunikasi, suatu bangunan yang dipasang, dibina atau didirikan setelah pepasangan atau loji pemegang lesen itu yang digunakan berhubung dengan perkhidmatan radio-komunikasinya di-letakkan, ditempatkan, didirikan, dibina atau dipasang di dalam atau di sekitar bangunan itu, menghalang atau mengganggu perkhidmatan atau sistem radio-komunikasi pemegang lesen itu, pemegang lesen itu boleh, dengan kebenaran

Pihak Berkuasa, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki bangunan itu untuk menyediakan ruang atau kemudahan lain di dalam atau di sekitar bangunan itu sebagaimana yang mungkin diperlukan atau patut bagi pepasangan atau loji tersebut diletakkan, ditempatkan, didirikan, dibina atau dipasang di dalam, di atas atau di sekitar bangunan itu bagi maksud-maksud meniadakan halangan atau gangguan tersebut.

(4)

Pemegang lesen telekomunikasi itu hendaklah membayar pampasan kepada pemilik atau penghuni mana-mana bangunan kerana sebarang gangguan, ketiadaupayaan atau kerosakan yang berlaku akibat dari sebarang perbuatan pemegang lesen itu di bawah ceraian (2) atau (3).

(5)

Bagi maksud-maksud bab ini dan bab 19, "suatu bangunan" bermakna mana-mana bangunan tetap atau sementara dan termasuk sebarang jenis struktur atau binaan (sama ada tetap atau sementara) dan sebarang tambahan, pengubah-suaian, perubahan yang dibuat ke atasnya.

146

Penyediaan pepasangan, loji atau sistem atau ruang atau kemudahan dengan arahan Pihak

Berkuasa.

21, (1) Jika Pihak Berkuasa menganggapnya perlu bahawa sebarang per-khidmatan telekomunikasi patut dibekalkan ke mana-mana bangunan, sama ada siap atau tidak, atau bahawa kualiti suatu perkhidmatan telekomunikasi yang dibekalkan ke mana-mana bangunan patut dipertingkatkan, Pihak Berkuasa boleh dengan arahan —

(a)

menghendaki, berhubung dengan perenggan (b/, supaya pemaju atau pemilik bangunan atau tanah itu menyediakan atas perbelanjaannya, dalam suatu tempoh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam arahan itu, ruang dan kemudahan di dalam atau di atas bangunan atau tanah itu, dan akses kepadanya, sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam arahan itu oleh Pihak Berkuasa; dan

(b)

menghendaki supaya mana-mana pemégang lesen telekomunikasi memasang, dalam suatu tempoh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam arahan itu, pepasangan, loji atau sistem sebagaimana yang dianggap perlu oleh Pihak Berkuasa bagi pembekalan, atau peningkatan kualiti, perkhidmatan telekomunikasi itu.

(2)

Sebarang arahan di bawah ceraian (1) boleh termasuk —

(a)

suatu kehendak bahawa pemegang lesen telekomunikasi itu hendaklah menyumbangkan, seluruhnya atau sebahagiannya, kos dan per-belanjaan yang dilakukan bagi penyediaan sebarang pepasangan, loji atau sistem, atau ruang atau kemudahan di bawah ceraian (1) sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa; dan

(b)

kehendak-kehendak lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi sebarang kehendak dalam suatu arahan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Report

Part IV

Tataamalan dan Arahan

Part V

Kerja Pengesanan Kabel Telekomunikasi

Part VI

Kesalahan dan Hukuman

Part VII

Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara

Part VIII

Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am