Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part IV · Tataamalan dan Arahan

27. Arahan yang menyentuh pemegang lesen telekomunikasi

(1)

Pihak Berkuasa boleh memberi arahan untuk dipatuhi oleh pemegang-pemegang lesen telekomunikasi —

(a)

untuk memastikan pembekalan sebarang perkhidmatan tele-komunikasi kepada orang ramai boleh dipercayai;

(b)

untuk memastikan keserasian teknikal dan keselamatan pengen-dalian sebarang kelengkapan atau sistem telekomunikasi;

(c)

untuk memastikan gelagat pasaran yang saksama dan cekap oleh pemegang-pemegang lesen telekomunikasi; atau

(d)

bagi kepentingan awam.

149

(2)

Suatu arahan di bawah ceraian (1) —

(a)

adalah menghendaki supaya pemegang lesen telekomunikasi yang berkenaan (mengikut hal keadaan kes) melakukan, atau tidak melakukan, perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu atau perkara-perkara dari suatu perihalan yang dinyatakan di dalamnya;

(b)

hendaklah berkuatkuasa pada masa, seawal-awalnya yang boleh, sebagaimana yang ditentukan oleh atau di bawah arahan itu; dan

(c)

boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Sebelum memberi suatu arahan kepada mana-mana pemegang lesen tele-komunikasi di bawah ceraian (1), Pihak Berkuasa hendaklah, melainkan jika Pihak

Berkuasa berkaitan dengan sebarang arahan tertentu menganggapnya tidak mungkin atau tidak dikehendaki, memberi notis —

(a)

yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa bercadang hendak mem-buat arahan itu dan menyatakan kesannya; dan

(b)

yang menentukan masa pernyataan atau bantahan terhadap arahan yang dicadangkan itu boleh dibuat, dan hendaklah menimbangkan sebarang pernyataan atau bantahan yang telah dibuat.

(4)

Mana-mana pemegang lesen telekomunikasi yang tidak puas hati dengan sebarang arahan Pihak Berkuasa di bawah ceraian (1) boleh, dalam masa 14 hari setelah arahan itu disampaikan kepada pemegang lesen tersebut, merayu kepada

Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

(5)

Tiap-tiap pemegang lesen telekomunikasi hendaklah mematuhi setiap arahan Pihak Berkuasa yang diberikan kepada pemegang lesen tersebut di bawah bab ini.

Report

Part V

Kerja Pengesanan Kabel Telekomunikasi

Part VI

Kesalahan dan Hukuman

Part VII

Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara

Part VIII

Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am