Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VII · Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
61. Arahan Menteri
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Menteri boleh, setelah berunding dengan Pihak Berkuasa atau mana-mana pemegang lesen telekomunikasi awam, memberikan kepada Pihak Berkuasa atau pemegang lesen tersebut, mengikut mana yang berkenaan, arahan sebagai-mana yang difikirkan patut oleh Menteri tentang tugas-tugas yang dijalankan oleh
Pihak Berkuasa atau pemegang lesen tersebut di bawah Perintah ini.
Tanpa menjejaskan ceraian (1), jika pada pendapat Menteri adalah perlu atau mustahak untuk berbuat demikian —
apabila berlaku sebarang darurat awam, bagi kepentingan awam atau bagi kepentingan keselamatan awam, pertahanan negara, atau hubungan dengan Kerajaan negara lain; atau
bagi —
menunaikan atau memudahkan obligasi yang mengikat
Kerajaan ditunaikan oleh sebab keahliannya dalam suatu per-tubuhan antarabangsa atau menjadi suatu pihak dalam suatu perjanjian antarabangsa.
mencapai atau memudahkan pencapaian sebarang matlamat lain yang pencapaiannya adalah pada pendapat Menteri perlu atau mustahak memandangkan Kerajaan menjadi ahli suatu pertubuhan antarabangsa atau menjadi suatu pihak dalam suatu perjanjian antarabangsa; atau 168
{iii} membolehkan Kerajaan untuk menjadi ahli suatu pertubuhan antarabangsa atau menjadi suatu pihak dalam suatu perjanjian antarabangsa,
Menteri boleh, setelah berunding dengan Pihak Berkuasa atau mana-mana pemegang lesen telekomunikasi awam, memberikan arahan kepada Pihak
Berkuasa atau pemegang lesen tersebut sebagaimana yang diperlukan dalam hal keadaan kes itu.
Sebarang arahan yang diberikan di bawah ceraian (1) atau (2) boleh ter-masuk — '
peruntukan-peruntukan bagi melarang atau mengawalselia peng-gunaan telekomunikasi dalam semua kes atau dari kes-kes sebagaimana yang mungkin dianggap perlu;
peruntukan-peruntukan bagi mengambil, mengawal atau meng-gunakan untuk tujuan rasmi, semua atau sebarang sistem dan kelengkapan telekomunikasi itu; dan
peruntukan-peruntukan bagi menghentikan, menangguhkan dan menapis perutusan dan menjalankan sebarang maksud lain yang difikirkan perlu oleh Menteri.
Tiada sebarang apa pun dalam sebarang arahan yang diberikan di bawah ceraian (3) boleh dikenakan kepada penggunaan sebarang telekomunikasi bagi maksud membuat atau menjawab isyarat kecemasan.
Pihak Berkuasa dan mana-mana pemegang lesen telekomunikasi awam hendaklah menguatkuasakan sebarang arahan yang diberikan kepadanya di bawah ceraian (1) atau (2) walaupun sebarang kewajipan lain dikenakan kepada Pihak
Berkuasa atau pemegang lesen tersebut oleh atau di bawah Perintah ini.
Pihak Berkuasa dan mana-mana pemegang lesen telekomunikasi awam tidaklah boleh mendedahkan sebarang arahan yang diberikan kepada orang itu di bawah ceraian (1) atau (2) jika Menteri memberitahu orang itu bahawa Menteri berpendapat bahawa pendedahan arahan itu adalah bertentangan dengan ke-pentingan awam.
Menteri boleh —
membayar pampasan kerana sebarang kerosakan yang berlaku kepada pemegang lesen telekomunikasi awam oleh sebab arahan Menteri di bawah perenggan (b/ ceraian (3) dipatuhi olehnya; atau
membuat pemberian kepada pemegang-pemegang lesen tele-komunikasi awam untuk membayar atau membuat sumbangan bagi sebarang
169
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM kerugian yang mungkin mereka tanggung oleh sebab arahan Menteri di bawah sebarang peruntukan lain bab ini dipatuhi oleh mereka.
Sebarang jumlah wang yang dikehendaki oleh Menteri untuk membayar pampasan atau membuat pemberian di bawah ceraian (7) hendaklah dibayar dari
Kumpulanwang Yang Disatukan.
Jika sebarang keraguan timbul tentang adanya darurat awam atau tentang sama ada sebarang perbuatan yang dilakukan di bawah bab ini adalah bagi kepentingan awam atau bagi kepentingan keselamatan awam, pertahanan negara atau hubungan dengan Kerajaan negara lain, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri adalah keterangan muktamad mengenai perkara-perkara yang dinya-takan di dalamnya.
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX