Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part VIII · Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Section 63

(1)

Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran —

(a)

mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau menggaji atau membantu mana-mana orang untuk melakukan suatu kesalahan boleh tangkap di bawah Perintah ini, atau

(b)

mana-mana orang yang terhadapnya terdapat syak yang muna-sabah bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan boleh tangkap di bawah

Perintah ini, dan boleh memeriksa mana-mana orang yang ditangkap itu, kecuali bahawa tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap itu hendaklah, berserta dengan apa-apa barang yang mengenainya suatu kesalahan mungkin telah dilakukan atau cuba dilakukan, dibawa ke sebuah balai polis.

(3)

Bagi maksud-maksud bab ini, kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum di bawah bab-bab 33, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 49 dan 52 hendaklah dianggap sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap dalam makna Kanun Peraturan Jenayah

(Penggal 7).

Kuasa untuk memeriksa dan menangkap berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah bab 33 atau 44,

Report

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am