In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VIII · Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VIII · Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Jika suatu kesalahan di bawah Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa atau rakan kongsi suatu syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain atau dikatakan bertindak atas jawatan tersebut adalah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelak-kan kesalahan itu dari dilakukan yang sepatutnya dijalankan olehnya, dengan memberi perhatian kepada jenis tugas-tugasnya dalam jawatan tersebut dan semua hal keadaan.
174
Part IX