In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part IX · Peruntukan-Peruntukan Am
Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part IX · Peruntukan-Peruntukan Am
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Pemegang lesen telekomunikasi awam tidaklah bertanggungan berkaitan dengan sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang kerana —
sebarang kegagalan untuk membekalkan atau kelambatan mem-bekalkan sebarang perkhidmatan telekomunikasi atau sebarang kelengkapan yang berkaitan dengannya atau perkhidmatan yang bersampingan dengannya;
sebarang kegagalan, gangguan, penggantungan atau sekatan sebarang perkhidmatan telekomunikasi atau perkhidmatan yang ber-sampingan dengannya atau kelambatan, atau kerosakan sebarang per-hubungan melalui telekomunikasi;
apa-apa kesilapan dalam, atau peninggalan, sebarang maklumat yang dihantar melalui telekomunikasi; atau 175
sebarang kehilangan rahsia dalam perhubungan yang berpunca dari penggunaan sebarang perkhidmatan telekomunikasi, yang disebabkan oleh perbuatan atau keingkaran orang lain, atau suatu ke-malangan atau sesuatu sebab lain di luar kawalan pemegang lesen telekomunikasi awam.