Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part IX · Peruntukan-Peruntukan Am
74. Penyampaian dokumen
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya dalam Perintah ini, sebarang notis, perintah atau dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan oleh
Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya untuk diberikan atau disampaikan kepada mana-mana orang, dan sebarang saman yang dikeluar-kan oleh mahkamah berhubung dengan sebarang kesalahan di bawah Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya boleh disampaikan kepada orang yang berkenaan —
dengan menyerahkannya kepada orang itu atau kepada seseorang ahli dewasa keluarganya atau pekerja keluarganya di tempat kediamannya yang terakhir diketahui;
dengan meninggalkannya di tempat kediaman atau tempat per-niagaannya yang biasa atau terakhir diketahui dalam suatu sampul surat yang dialamatkan kepadanya;
dengan menampalkannya pada suatu bahagian yang mudah dilihat di tempat kediamannya yang terakhir diketahui;
dengan mengirimkannya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang biasa atau terakhir diketahui; atau
jika orang itu adalah suatu badan korporat —
dengan menyerahkannya kepada setiausaha atau pegawai lain badan korporat itu yang sama di pejabat berdaftar atau utamanya; atau
dengan mengirimkannya melalui pos berdaftar yang dialamat-kan kepada badan korporat itu di pejabat berdaftar atau utamanya.
Sebarang notis, perintah, dokumen atau saman yang dikirimkan melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang menurut ceraian (1) hendaklah dianggap telah disampaikan kepada orang yang dialamatkan surat itu pada masa apabila surat itu, dalam perjalanan biasa pos, akan diserahkan dan untuk membuktikan penyampaiannya, adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa sampul surat
176
yang mengandungi notis, perintah, dokumen atau saman itu telah dialamatkan, dibubuh setem dan dipos dengan sempurna melalui pos berdaftar.