Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part IX · Peruntukan-Peruntukan Am
77. Peraturan-peraturan
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Pihak Berkuasa boleh, dengan kebenaran Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi sebarang maksud di mana peraturan-peraturan adalah dikehendaki untuk dibuat di bawah Perintah ini dan pada amnya untuk menjalankan maksud-maksud dan peruntukan-peruntukan Perintah ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna ceraian (1), Pihak Berkuasa boleh, dengan kebenaran Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau sebarang perkara yang berikut —
peperiksaan kemahiran, termasuk sukatan pelajaran dan butir-butirnya, bagi memperakui kecekapan individu mengendalikan perkhidmatan telekomunikasi atau bagi pemberian sebarang lesen oleh Pihak Berkuasa;
jenis-jenis dan syarat-syarat pemberian lesen oleh Pihak Berkuasa;
berkenaan dengan lesen kerja pengesanan kabel —
jenis atau jenis-jenis lesen yang hendak diberikan, bentuk dan tempoh lesen itu, terma-terma dan syarat-syarat yang atasnya, dan hal keadaan bagaimana, lesen itu boleh diberikan, di-pegang, digantung, dibatalkan, diubah, disambung, dibaharui atau digantikan dan bayaran yang kena dibayar berkaitan den-gannya;
{ii} kelayakan-kelayakan dan kehendak-kehendak lain bagi pe-mohon-pemohon lesen itu, peperiksaan atau ujian pemohon-pemohon itu, bayaran yang kena dibayar berkaitan dengan peperiksaan atau ujian tersebut dan hal keadaan bagaimana
177
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan syarat-syarat yang atasnya pemohon boleh dikecualikan dari peperiksaan atau ujian itu; dan
kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab-tanggungjawab pengesan kabel berlesen;
kawalan dan pengawalseliaan urusniaga dalam dan penggunaan kelengkapan telekomunikasi;
kawalan dan pengawalseliaan gangguan oleh gelombang radio atau elektrik atau cara telekomunikasi lain di Negara Brunei Darussalam;
(f} kawalan dan pengawalseliaan pemasangan, pendawaian, peng-kabelan dan jenis-jenis kerja lain yang akan dijalankan ke atas sistem teleko-munikasi pemegang lesen telekomunikasi awam;
perlaksanaan bab 58;
(h} sumbangan oleh pemegang-pemegang lesen telekomunikasi di bawah Perintah ini kepada Dana PPS dan sebarang perkara lain yang ber-kaitan atau bersampingan dengan penubuhan dan pengendalian Dana PPS.