Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part IX · Peruntukan-Peruntukan Am
79. Pengecualian dan peruntukan-peruntukan peralihan
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Sebarang skim, kontrak, dokumen, lesen, kebenaran atau ketetapan yang disediakan, dibuat, diberikan atau dibenarkan oleh JTB berkenaan dengan perkara-perkara telekomunikasi di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Perintah ini dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya dalam
Perintah ini atau dalam sebarang undang-undang bertulis lain, terus dan dianggap telah disediakan, dibuat, diberikan atau dibenarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah peruntukan-peruntukan Perintah ini yang bersamaan.
Sebarang undang-undang tambahan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan itu atau sebarang undang-undang bertulis lain berkenaan dengan perkara-perkara telekomunikasi dan berkuatkuasa sejurus sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat mana yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Perintah ini, terus berkuatkuasa seolah-olah dibuat di bawah Perintah ini sehingga ia dibatalkan atau dimansuhkan oleh undang-undang tambahan yang dibuat di bawah Perintah ini.
178
Diperbuat pada hari ini 16 haribulan Safar, Tahun Hijrah 1422 bersamaan dengan 10 haribulan Mei, 2001 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
179