Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part VI · Kesalahan dan Hukuman

35. Hukuman bagi stesen yang tidak berlesen

(1)

Mana-mana orang yang mengadakan, memasang, menyelenggarakan, membekalkan atau mengendalikan suatu sistem atau perkhidmatan radio-komuni-kasi atau sebarang kelengkapan radio-komunikasi di mana-mana tempat atau di dalam sebarang vesel, pesawat terbang atau di dalam sebarang kenderaan di

Negara Brunei Darussalam’tanpa suatu lesen yang diberikan di bawah bab 5 atau sebarang peraturan yang dibuat di bawah Perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang memiliki sebarang kelengkapan radio-komuni-kasi hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengendali-kannya. .

(3)

Penghuni mana-mana rumah kediaman atau bangunan yang dipasang di dalamnya dengan sebarang kelengkapan radio-komunikasi yang berkaitan dengan-nya suatu lesen tidak berkuatkuasa adalah melakukan suatu kesalahan.

(4)

Adalah menjadi suatu pembelaan dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian (3) bahawa penghuni tidak menyedari dan tidak mungkin dengan usaha yang munasabah menyedari tentang adanya kelengkapan radio-komunikasi tersebut di dalam rumah kediaman atau bangunan itu.

156

Pengecualian dari bab-bab 33, 34 dan 35.

Report

Part VII

Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara

Part VIII

Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am