Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part VI · Kesalahan dan Hukuman

Section 40

(1)

Mana-mana orang yang —

(a)

semasa berada di dalam mana-mana bangunan yang digunakan bagi maksud-maksud perniagaan pemegang lesen telekomunikasi awam, dengan sengaja menghalang perjalanan perniagaan pemegang lesen yang berkenaan; atau

(b)

menyerang atau dengan sengaja menghalang atau menghasut sesiapa jua untuk menghalang atau mengadang seseorang pegawai atau pekerja pemegang lesen telekomunikasi awam dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya, adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Pemegang lesen telekomunikasi awam boleh menghendaki supaya mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah ceraian (1) meninggalkan bangunan yang digunakan bagi maksud-maksud perniagaannya dan, jika mana-mana pesalah yang dikehendaki demikian enggan atau gagal mematuhi kehendak tersebut, dia boleh diusir oleh seseorang pekerja pemegang lesen tersebut.

Merosakkan dengan sengaja pepasangan atau loji yang digunakan untuk telekomunikasi.

41, Mana-mana orang yang bertujuan —

(a)

untuk mencegah atau menghalang penghantaran atau penyerahan sebarang perutusan;

(b)

untuk memintas atau untuk memaklumi kandungan sebarang peru-tusan; atau

(c)

untuk melakukan khianat, merosakkan, memindahkan, mengusik atau menyentuh sebarang pepasangan atau loji atau mana-mana bahagiannya yang digunakan untuk telekomunikasi yang dipunyai oleh pemegang lesen telekomunikasi awam atau mengganggu per-khidmatan atau sistem radio-komunikasi pemegang lesen telekomunikasi awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikena-kan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

159

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai, pekerja atau ejen pemegang lesen tele-komunikasi awam.

Report

Part VII

Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara

Part VIII

Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am