Skip to content
In forceAs enacted
Contents

Part VI · Kesalahan dan Hukuman

Section 50

(1)

Mana-mana orang yang memindahkan, membinasakan atau merosak-kan, sama ada dengan sengaja, cuai, secara kebetulan ataupun selainnya, pe-pasangan atau loji yang digunakan untuk telekomunikasi hendaklah, selain dari sebarang hukuman yang boleh dikenakan kepadanya atas suatu kesalahan di bawah Perintah ini, bertanggungan untuk membayar pampasan kerana kerosakan yang telah dilakukan olehnya dan pampasan itu boleh didapatkan kembali dengan tindakan atau guaman sivil di hadapan mana-mana mahkamah berbidang kuasa yang layak.

(2)

Tertakluk kepada ceraian (1), mana-mana mahkamah yang di hadapan-nya seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini boleh menaksir pampasan yang kena dibayar di bawah bab ini dan boleh membuat suatu perintah bagi pembayarannya.

(3)

Sebarang perintah di bawah ceraian (2) ‘boleh dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu adalah suatu penghakiman dalam suatu tindakan atau guaman sivil.

Hukuman kerana menanggalkan apa-apa tanda yang menunjukkan peranti telah digunakan bagi maksud-maksud telefoni.

Report

Part VII

Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara

Part VIII

Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan

Part IX

Peruntukan-Peruntukan Am