Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VI · Kesalahan dan Hukuman
Section 44
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Ceraian (2) hendaklah dikenakan jika seseorang mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apa-apa benda yang mungkin digunakan bagi maksud mendapatkan, atau bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapat-kan, suatu perkhidmatan yang dikenakan bab 43.
160
Q9hb. APRIL, 2002
{2} Jika orang itu bertujuan —
hendak menggunakan benda yang disebut dalam ceraian (1) —
{i) untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur; atau
bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur;
secara tidak jujur membenarkan benda itu digunakan untuk men-dapatkan perkhidmatan tersebut; atau
untuk membenarkan benda itu digunakan bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur, dia adalah melakukan suatu kesalahan.
Ceraian (4) hendaklah dikenakan jika seseorang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa benda yang mungkin digunakan bagi maksud mendapatkan, atau bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapat-kan, suatu perkhidmatan yang dikenakan bab 43.
Jika orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan benda yang disebut dalam ceraian (3) mengetahui atau mempercayai bahawa orang yang dibekalkan atau ditawarkan dengan benda itu bertujuan atau bertujuan jika benda itu dibekalkan kepadanya —
hendak menggunakan benda itu —
untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur; atau
bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur;
dengan cara tidak jujur membenarkan benda itu digunakan bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur; atau
untuk membenarkan benda itu digunakan bagi suatu maksud yang ada kaitan dengan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara tidak jujur, dia adalah melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah bab ini hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $100,000,
161
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengirim perutusan palsu.
45, Mana-mana orang yang menghantar atau menyebabkan untuk dihantar suatu perutusan yang diketahuinya sebagai palsu atau diada-adakan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan —
dalam hal jika perutusan palsu atau diada-adakan itu mengandungi sebarang rujukan kepada adanya di mana-mana tempat atau lokasi suatu bom atau benda lain yang boleh meletup atau menyala, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 7 tahun atau kedua-duanya sekali; dan
dalam sebarang hal lain, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Part VII
Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX