Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VI · Kesalahan dan Hukuman
47. Melindungi pepasangan atau loji’yang digunakan untuk telekomunikasi
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Tiada sesiapa pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak
Berkuasa —
meletakkan atau membawa sebarang saluran utama, paip, pem-buluh atau wayar di, di sepanjdng, melalui, melintasi, di atas atau di bawah sebarang jalan atau tempat dengan cara yang mungkin mengganggu atau menyebabkan kerosakan pada sebarang pepasangan atau loji yang digunakan untuk telekomunikasi; atau
menampalkan sebarang pelekat, iklan, notis atau benda lain di dalam atau di atas, atau mengecat, membubuh minyak tar atau dengan apa-apa cara mencacati sebarang pepasangan atau loji yang digunakan untuk tele-komunikasi:
162
(2} Sebarang kebenaran di bawah ceraian (1) boleh ditolak oleh Pihak
Berkuasa atau diberikan oleh Pihak Berkuasa atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin ditentukan olehnya.
Jika mana-mana orang melakukan suatu kesalahan di bawah ceraian {1}
adalah kerana perbuatan atau keingkaran orang lain, orang lain itu adalah melaku-kan kesalahan tersebut; dan seseorang boleh dituduh melakukan dan disabitkan atas kesalahan tersebut menurut ceraian ini sama ada atau tidak prosiding diambil terhadap orang yang mula-mula disebutkan.
Dalam sebarang prosiding kerana suatu kesalahan di bawah ceraian (1}, adalah menjadi suatu pembelaan, tertakluk kepada ceraian (5), bagi orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan kesalahan itu dari dilakukan.
Jika pembelaan yang diperuntukkan oleh, ceraian (4) melibatkan suatu tuduhan bahawa kesalahan yang dilakukan itu adalah kerana perbuatan atau keingkaran orang lain, orang yang dituduh tidaklah berhak, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bersandar kepada pembelaan itu melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir 7 hari genap sebelum perbicaraan, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis yang memberikan maklumat yang mengenalpasti atau membantu dalam mengenalpasti orang lain itu yang ada dalam milikannya pada masa itu.
Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi ceraian (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, selain dari melucuthak sebarang kelengkapan yang dirampas, apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000 dan, dalam hal suatu kesalahan yang ber-terusan, dikenakan suatu denda tambahan yang tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari atau sebahagiannya selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.
Larangan membuat notis palsu berkenaan dengan pepasangan atau loji pemegang lesen tele-komunikasi awam.
Part VII
Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX