Telecommunications Order, 2001 · As enacted · Part VI · Kesalahan dan Hukuman
Section 42
Official textFrom Attorney General's Chambers, unchanged
Mana-mana pegawai, pekerja atau ejen pemegang lesen telekomunikasi awam yang —
dengan sengaja menyorokkan, melarikan atau mengubah sebarang perutusan atau rekod sebarang perutusan; atau
kecuali bagi mematuhi suatu perintah yang ditandatangani oleh
Menteri atau arahan mahkamah, dengan sengaja tidak menghantar atau memintas atau memaklumi atau menahan sebarang perutusan atau se-bahagiannya atau dengan sengaja menyebabkan suatu panggilan atau sambungan terputus atau tidak disambung, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikena-kan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Perenggan /b) ceraian (1) tidaklah boleh dikenakan kepada —
sebarang perbuatan atau perkara yang dilakukan oleh seseorang pegawai, pekerja atau ejen pemegang lesen telekomunikasi awam untuk atau berhubung dengan pemasangan suatu talian telekomunikasi, kelengkapan atau pengendalian atau penyelenggaraan suatu sistem telekomunikasi; atau
pengesanan asal usul sebarang panggilan telefon atas permintaan pelanggan suatu perkhidmatan telekomunikasi.
Part VII
Obligasi Antarabangsa dan Kepentingan Negara
Part VIII
Kuasa dan Prosedur Penguatkuasaan
Part IX